Thursday, January 28, 2010

Preview Projek Kandang Kambing 28 Januari 2010


Setelah kandang kambing dilawati oleh LPP Selangor dan PPK Klang, terdapat beberapa tambahan yang perlu dilakukan oleh kontraktor kandang kerana penambahan tersebut tiada di dalam plan kandang yang diterima oleh kontraktor kandang kami.





Pagar keliling kandang yang telah siap sepenuhnya.

Pekerja sedang membuat penambahan pintu pada kandang bersalin.

Bersama kontraktor berbincang mengenai penambahan dan perubahan pada kandang.

Benih napier taiwan yang di tanam di lereng bukit.

Keadaan tanaman rumput pastura yang belum lagi memenihu ruang-ruang kosong yang bakal digunakan sebagai padang ragut.

Tuesday, January 26, 2010

Global Veterinary Sdn Bhd

Global Veterinary Sdn Bhd mula beroperasi di Seri Kembangan, Selangor pada tahun 2008 merupakan salah satu syarikat yang menawarkan anda pelbagai perkhimatan untuk ternakan anda seperti:
  • Khidmat nasihat (Pakar rundigan)
  • Bekalan peralatan & ubatan ternakan
  • Bekalan haiwan ternakan
  • Kursus pengurusan ladang dan
  • Khidmat sokongan
Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari link di bawah:

http://glovet.com.my

http://www.globalveterinary.blogspot.com

Nipple Untuk Kambing Minum di BODEN


Pada tahun lepas saya bersama rakan projek telah menghadiri kursus ternakan kambing di Ladang Boden, Bahau. Mereka menggunakan nipple stainless steel sebagai sumber air untuk kambing minum. Bagi pendapat saya kos pemasangannya tinggi tapi sekali manakala ianya mudah untuk penternak yang ingin menggunakan EM dalam minuman ternakan mereka dengan hanya membancuhnya di dalam tangki yang mengalirkan air ke nipple-nipple tersebut.


Menurut tenaga pengajar di Ladang Boden, kambing mereka memerlukan masa untuk belajar mengetahi bahawa nipple itu sumber air minum. Sewaktu kambing mula dimasukkan ke dalam kandang mereka, nipple disendal bagi ia menitiskan air untuk mengajar kambing-kambing mereka.


Kelihatan kayu dibawah nipple mulai reput akibat titisan air sisa sewaktu kambing minum menggunakan nipple ini. Oleh itu cara yang terbaik untuk melambatkan proses pereputan kayu pada lantai kandang ialah dengan mengecat kayu pada sekitar nipple seperti gambar di bawah.


XPDC Jelajah Negeri Sembilan 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada hari Ahad yang lepas saya telah membantu rakan saya yang telah berjaya mendapat tender pembersihan kawasan menara pemancar di sekitar Negeri Sembilan. Lokasi pembesihan kali ini adalah di Felda Palong 1 dan Felda Palong 7 yang mengambil masa perjalanan dalam 3 jam setengah untuk sampai ke lokasi pembersihan. Ini merupakan pengalaman pertama saya memasuki dan membersihkan kawasan menara pemancar dengan berbekalkan mesin rumput Mitsubishi TL-33 milik ayah saya.






Genset Kubota yang terdapat didalam kawasan menara pemancar.

Mesin rumput Mitsubishi TL-33

Sewaktu melepasi Pekan Kuala Pilah, terlihat saya akan sebuah banglo yang tersergam indah. Milik siapa agaknya?

P/S :Minggu ini saya bekerja shif pagi oleh itu saya tidak dapat update status terkini kandang kambing kami.

Thursday, January 21, 2010

Preview Projek Kandang Kambing 22 Januari 2010

Sebelum saya pergi melawat bersama Wak Emeng, saya pergi ke kandang kambing dahulu tengok perkembangan kandang yang terkini. Bilik-bilik kambing telah siap sepenuhnya, hanya bilik untuk kambing bersalin dan pagar atas sekeliling kandang masih lagi dalam pembinaan. Dijangka minggu hadapan kandang kami akan siap sepenuhnya. Insyaallah.








Lawatan ke kebun Dr Mazni Alwi

Setelah melawat kebun Wak Emeng, beliau mengajak saya untuk melihat kebun Dr Mazni Alwi yang terletak di Jalan Setia Jaya, Kg Bukit Kapar. Difahamkan Dr Mazni merupakan seorang doktor pakar jantung, beliau berasal dari Jalan Sekolah, Kg Bukit Kapar. Kebun ini merupakan usahasama adik-beradik beliau yang juga berpangkat doktor dan anak-anak Dr Mazni juga doktor. Hebat...!!! Pemandangan sekitar kebun.



Beliau menggunakan rumput napier sebagai sumber makanan bagi ternakan yang ada di kebun beliau. Ada kambing, lembu dan juga kuda di kebun beliau.