Wednesday, March 17, 2010

Hari Yang Di Nanti - Ketibaan Baka Kambing Boer


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Semalam 17 Mac 2010, bermulalah satu episod yang baru yang sememangnya mencabar kami sebagai ahli PPK Klang yang menjalankan projek ternakan 200 ekor kambing boer. Sebanyak 137 ekor kambing beserta 3 ekor anak kambing telah di pindahkan dari ladang PJ Livestock di Behrang ke kandang kambing kami di Kg Bukit Cherakah. Baki baka kambing dijangka sampai 2 minggu lagi.


Pembinaan rumah pekerja sementara di dalam kandang.


Makanan pallet untuk kambing yang dibeli dari PPK Klang.


Penyelia Ladang, Azmi menyambut ketibaan lori baka kambing.


Tuan Sulaiman wakil dari PPK Klang untuk melihat baka kambing yang tiba.

Sunday, March 14, 2010

Preview Terakhir Kandang Kambing Kami


Setelah sekian lama menanti, akhirnya saat yang bakal menguji kecekalan, kesungguhan dan kemampuan kami telah tiba. Kemasukan input kambing boer berjumlah 172 ekor yang terpilih dijadualkan akan tiba di kandang kami pada hari Rabu ini. Ini merupakan preview terakhir kandang kambing kami sebelum ianya dihuni. Di harap jika pelawat blog ini mempunyai sebarang pendapat, idea atau komen ianya boleh diutarakan di ruangan komen blog ini. Maaf dipohon, berkemungkinan selepas ini saya akan kekurangan masa untuk mengemas kini blog ini.


Penanaman napier dilereng bukit yang kurang menjadi akibat cuaca yang panas dan kekurangan sumber air.


Pokok Mambu yang ditanam untuk makanan tambahan kambing.


Penanaman rumput pastura di dalam kawasan ladang kami.


Terdapat 40 ruang kandang bersalin.




Preview Projek Pemulihan Pasar Meru


Setelah 24 hari berlalu semenjak lawatan saya ke tapak Pasar Meru pada 18 Februari 2010 yang lepas, kini keadaan sekeliling pasar kelihatan lebih ceria dan bersih. Bumbung pasar yang bocor telah diganti, bangunan pasar telah dicat, sistem pengairan telah diperbaiki, lantai pasar dan meja tempat peniaga pasar berniaga telah diperbaiki dan pendawaian lampu juga telah selesai.

Namun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh pihak koperasi untuk menceriakan lagi pasar tersebut. Saya telah menjadi ahli Koperasi Al-Amin dan juga telah memohon satu lot tapak untuk saya dan rakan penternak berniaga daging lembu dan juga kambing. Moga-moga permohonan ini diterima oleh pihak koperasi. Di khabarkan pihak koperasi bakal berganding bahu dengan pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk bersama-sama memajukan pasar ini, namun ianya masih lgi menjadi teka-teki.

Dengan penggabungan usahasama antara pihak koperasi dan LPP ini bakal memberi peluang baru untuk ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang menjual atau berniaga hasil tanaman mereka mahupun rakan-rakan PKK yang lain.


Saturday, March 13, 2010

Preview Penyemaian Pokok Mulberi Setelah 33 Hari


Setelah mengetahui akan khasiat dan kegunaannya, dan ia juga boleh diberi kepada kambing sebagai makanan tambahan yang boleh membekalkan vitamin-vitamin yang tentu saya mula menyemai pokok mulberi ini melalui kaedah semaian batang pokoknya. Setelah 33 hari di semai, kini pokok semaian mulberi ini boleh dipindahkan ke ladang kambing kami sebagai pokok pagar hiasan dan juga makanan tambahan kambing kami nanti.


Pokok semaian mulberi saya juga tidak terlepas daripada serangan serangga.


Pokok sireh yang disemai yang bakal ditanam di kawasan ladang kami.


Pokok tongkat ali ini akan ditanam depan rumah saya. ;)


Info Pokok Mulberi
Mulberi merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaanya.Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingga 6 meter.Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi.Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik(seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga).Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik.

Mulberi boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang.Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.

kegunaan:

Buah mulberi yang manis dan isinya yang lembut berair apabila masak sangat sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan lazat itu.Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.

Daun mulberi, terutamanya mulberi putih, yang juga dikenali sebagai daun kertau merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera.

Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut.

Sumber Dari : http://www.melur.com