Tuesday, April 27, 2010

Lawatan ke Makmal Pemprosessan Makanan Ternakan MARDI


Pada 26 April yang lepas, selepas kami menerjah ke Muzium Pastura milik MARDI di tapak MAHA, Serdang kami meneruskan penerjahan kami dengan membuat lawatan mengejut ke Makmal Pemprosessan Makanan Ternakan milik MARDI yang juga terdapat di Serdang. Namun kami hampa dengan tujuan lawatan untuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas tidak berkesempatan kerana beliau cuti pada hari tersebut. Oleh itu kami pun terus meronda di sekitar premis makmal tersebut untuk mengetahui apa yang patut dan bagaimana makanan ternakan di proses untuk dijadikan pallet.

Monday, April 26, 2010

Napier di Tapak MAHA


Semalam, Isnin, 26 April saya bersama Azmi pergi ke tapak MAHA Serdang untuk melihat jenis-jenis rumput untuk makanan ternakan yang telah di tanam oleh pihak MARDI di sana. Pelbagai jenis rumput dan pokok yang boleh digunakan sebagai makanan utama atau sampingan dapat kami lihat, dari jenis napier seperti Napier Mott, jenis rumput seperti rumput Pastura, jenis pokok seperti pokok Mambu dan Mulberi.

Jika sewaktu lawatan kami disana kami terjumpa pegawai yang bertugas mungkin kami boleh mengambil sedikit benih napier atau rumput tetapi hanya Wak Endon sahaja yang bertembung dengan kami sewaktu kami sedang mundar-mandir di dalam kawasan Muzium Pastura itu.