Monday, July 26, 2010

CLA dari Australia


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada 19 Julai yang lepas, saya bersama Azmi telah ke JPV daerah Klang untuk mengetahui hasil ujian darah RBPT kambing kami. Alangkah terkejutnya kami, hasil ujian darah tersebut mengatakan 19 ekor kambing kami termasuk seekor penjantan mempunyai penyakit CLA. Untuk pengetahuan pelawat blog ini, kambing kami jenis boer dan telah di import sepenuhnya dari Australia oleh PJ Livestock Sdn Bhd yang merupakan pembekal baka kambing kepada kami.

Setahu kami dan juga seluruh dunia mengetahui Australia merupakan satu-satunya negara yang telah menyatakan kambing mereka bebas dari segala penyakit namun ianya adalah tidak benar. Ada juga kami bertanya kepada rakan ternak yang lain yang juga membeli kambing yang di import dari Australia dan mereka juga mengalami nasib yang sama.

Di Malaysia hampir setiap kandang kambing mempunyai penyakit CLA ini. Berhati-hatilah sewaktu membeli atau memilih baka untuk projek kambing anda, adalah ideal jika pembelian baka disertakan dengan hasil ujian darah daripada pihak JPV. Hasil ujian darah RBPT kandang kami adalah seperti di bawah :-


Saturday, July 17, 2010

Kematian Punca Kerugian


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pelawat setia blog ini mahupun kepada pelawat yang baru tiba. Saya berharap blog ini dapat membantu anda dalam pencarian maklumat yang ingin anda ketahui.

Sejak kandang kami mula beroperasi pada 17 Mac 2010 yang lalu, segala kegiatan mahupun kematian telah kami rekodkan dan hingga kini kami telah merekodkan sebanyak 20 kes kematian bersamaan dengan 10% kematian, namun sebanyak 6 ekor kambing telah di ganti oleh pihak pembekal kerana kematian direkodkan masih dalam waranti pembekal. Hasil analisa kami, kematian yang berpunca dari masalah pernafasan dan juga kembung merupakan kes kematian yang mempunyai kekerapan yang tinggi berbanding punca kematian yang lain.


Hasil dari bedah siasat ke atas kambing kami yang mempunyai masalah pernafasan, didapati terdapat kesan lebam dan bonjolan pada paru-parunya. Kami beranggapan masalah ini berpunca dari perubahan iklim yang perlu kambing kami lalui kerana ianya di import dari Australia.

Kekurangan ilmu kami untuk menangani masalah kambing kembung juga antara faktor penyebab kematian kambing kami. Tetapi kini syukur Alhamdulillah kami tahu akan punca dan cara untuk merawatnya setelah kami membuat pemerhatian harian ke atas ternakan kami.




Friday, July 2, 2010

Lawatan ke MJ Fatonah bersama rakan ternak Kuala Ketil

Selepas saya menghadiri kursus ternakan lembu dan kambing di MJ Fatonah pada awal bulan Jun yang lepas, saya telah menceritakan pengalaman saya sewaktu saya berkursus kepada rakan bakal penternak di Kuala Ketil, Kedah . Mereka berlima termasuk bapa mertua saya, En Abdul Halim dan juga abang ipar saya, En Zaihal Hazri dan juga rakan-rakannya bakal memulakan penternakan kambing mereka di sana.

Rupanya, abang ipar saya bersama En Jamil dan Puan Fatonah saling mengenali antara satu sama lain sewaktu mereka menerima penganugerahan dari MARA yang berlangsung di Langkawi pada tahun lepas. Memandangkan mereka amat berminat untuk melawat ke ladang MJ Fatonah maka sewaktu mereka turun ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis pertunangan adik saya, mereka mengambil kesempatan itu untuk pergi melawat ke ladang milik En Jamil dan Puan Fatonah pada 19 Jun yang lepas.

En Jamil memberi penerangan sewaktu lawatan ke ladang beliau.

Penerangan mengenai ternakan ayam kampung, pembuatan makanan serta pasarannya.

Benih anak ayam kampung.

En Jamil memberi penerangan mengenai itik pedaging, itik telur dan juga percubaan ternakan burung puyuh.


Eksperimen penetasan telur burung puyuh dan juga ayam hutan.

Inkubator buatan sendiri.