Tuesday, October 26, 2010

Bukit Ramli Terkini

Wak Ramli

Semalam juga kami sempat mendaki puncak Bukit Ramli untuk bersia-siar sambil mencari ilham setelah bersama dengan pihak MBSA & juga krew Aduan Rakyat, dalam masa beberapa bulan sahaja begitu banyak perubahan yg telah Wak Ramli lakukan di kawasan projek penanaman nanas beliau di puncak Bukit Ramli.


Rumah & kedai makan yang sedang dalam pembinaan bagi menjana pendapatan sampingan


Itu dia antara kenderaan rasmi yang digunakan di puncak Bukit Ramli


Akhirnya ISEKI telah beroperasi sepenuhnya, tujuan utama Wak Ramli membeli jentera ISEKI ini adalah untuk kegunaan ladang nanasnya bagi memudahkan kerja-kerja pekerja beliau untuk mengangkut baja, racun dan sebagainya.


Lagi satu yang menarik tertarik lagi deboomm...

Half cut kancil yang telah diubahsuai seperti wagon ini digunakan untuk membawa geng basikal ke puncak Bukit Ramli pada hujung minggu.



Bersama Aduan Rakyat - Karam Singh Walia


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kepada semua pengunjung baru mahupun yang setia melawati blog ini, terima kasih kami ucapkan di atas kesudian & kesetiaan anda, moga blog ini ceria & penuh dengan informasi yang dapat membantu anda. Semalam sewaktu saya bersama Azmi bersiar-siar sambil mencari ilham di sekitar Kg Bukit Cherakah, kami terlihat akan beberapa kenderaan pacuan 4 roda yang sedang dalam perjalanan ke sebuah tempat pelupusan sampah yang terletak tidak jauh dari kandang kami.


Rupanya beberapa pegawai dari MBSA dan juga krew Aduan Rakyat TV3 - Karam Singh Walia bersama beberapa penduduk kampung. Kami juga terkejut akan pencemaran yang berlaku di kawasan tersebut, dengan sisa sampah dan toksid yang dibuang secara terbuka menyebabkan pencemaran pada air sungai yang melalui kawasan tersebut.


Kami amat berasa kesal di atas kerakusan nafsu mereka yang melakukan kerja tersebut, dahulunya Bukit Cherakah kelihatan hijau, kini di sebalik kehijauan itu, terlihat akan kerakusan nafsu tanpa akal mereka yang telah gelap masa depannya. Hargailah alam sekitar kita demi masa depan anak dan waris kita. KITAR SEMULA




Monday, October 11, 2010

ISEKI di Bukit Ramli



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Bagi melancarkan operasi ladang nenas Wak Ramli, beliau telah membeli sebuah jentera 4WD berjenama ISEKI daripada rakan beliau. Alangkah beruntungnya beliau hanya membeli jentera tersebut dengan harga RM 3,000 sahaja, start enjin terus boleh jalan. Hantar ke bengkel Wak Salam untuk servis dan spray cat baru, kini Wak Salam tengah membina sebuah carier untuk jentera tersebut untuk kerja-kerja di ladang beliau dan juga untuk membawa geng-geng basikal menaiki puncak Bukit Ramli.


Setelah selasai kerja-kerja mengecat, ISEKI kelihatan seperti baru.


Carier yang masih belum siap di bina di bengkel Wak Salam.


Sunday, October 10, 2010

Lawatan Beraya Pakar Burung Walit Sarawak

Abdullah Shaari seorang pakar burung walit dari Sarawak bersama Abang Fadil telah datang beraya ke rumah saya pada musim raya yang lepas. Banyak juga perkara yang saya ajukan kepada beliau mengenai industri burung walit ini. Kami juga sempat membuat demo test cara-cara memanggil burung walit untuk melihat kehadiran burung walit di kawasan rumah saya.



Antara gadget yang di bawa untuk memanggil burung walit.

Saturday, October 9, 2010

Persiapan Menjelang Lawatan MB 12.12.10



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, kami telah dimaklumkan bahawa lawatan MB telah ditunda ke 12 Disember 10 maka kami menarik nafas lega. Masih banyak lagi yang perlu kami siapkan, namun kerja-kerja penanaman napier dan pokok herba telah selesai dan jejambat untuk MB memasuki kandang kambing kami juga telah siap dibina oleh pihak JPV.



Jejambat yang bakal digunakan oleh MB.


Setelah 10 hari kerja-kerja penanaman napier selesai.


Masalah kawasan berpaya, mungkin napier tidak boleh hidup.


Kawasan operasi kandang yang sedang dibina.

Preview Rumah Pekerja



Gaharu di Kampung Bukit Cherakah


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kawasan seluas 10 ekar berhampiran dengan kandang kambing kami telah dibersihkan, di khabarkan ianya telah disewakan kepada seorang saudagar sayur dari Cameron Highland untuk diusahakan sebagai ladang sayur. Namun saya terpegun dengan sebatang pokok yang masih lagi tidak di tebang dan pokok tersebut pula telah di tebuk-tebuk.


Rupa-rupanya ia sebatang pokok gaharu yang tumbuh liar. Ini merupakan pengalaman pertama saya melihat cara pokok gaharu yang ditebuk untuk diambil damarnya. Gaharu yang saya tahu terbahagi kepada 3 gred, yang paling mahal ialah gred A yang banyak tumbuh di Thailand. Manakala gaharu Malaysia pula jatuh pada gred B, kini pokok gaharu gred A telah di bawa masuk dan telah pun di tanam di negara kita. Indonesia pula mempunyai gaharu gred A & B. Dikhabarkan gaharau jenis gred A boleh mencecah belasan dan puluhan ribu ringgit sekilo.


Beginilah rupa pokok gaharu yang telah ditebuk.



Paip PVC yang dicucuk pada batang pokok gaharu.