Monday, November 22, 2010

Papan Tanda di Kandang Kami


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Papan tanda sumbangan pihak JPV PJ kepada kami sempena persiapan lawatan MB. Lawatan MB di tangguh lagi, jadi kami ada masa yang lebih panjang untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan rumah pekerja kami dan kerja-kerja yang berkaitan.




Thursday, November 11, 2010

Pelet CK Agrifeed di MJ Fatonah



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,


Hari ini saya bersama Azmi telah ke MJ Fatonah (Sifu Kami) untuk memesan makanan pelet kambing kami dan untuk mengetahui kesan pelet buatan CK Agrifeed yang telah Abang Jamil gunakan untuk ternakan beliau. Memandangkan kini stok pallet soya hull buatan Soon Soon Oil sukar di cari malahan kami terpaksa menunggu sehingga stok tiba, maka kami terpaksa mengubah pemakanan pelet kambing kami.

CK Agrifeed merupakan sebuah syarikat baru yang mengeluarkan makanan ternakan, kini hanya ternakan kambing dan lembu sahaja yang dikeluarkan dan terdapat dua jenis pembungkusan pelet iaitu 25kg dan 50kg. Kini Abang Jamil tidak lagi menggunakan pelet soya hull dan PKP untuk campuran konsentrat akibat stok yang terhad dan juga masalah penghantaran.

Formula konsentrat Abang Jamil yang terkini adalah campuran Goat pelet keluaran FFM dan juga Pelet Membesar keluaran CK Agrifeed dengan nisbah campuran 2 : 5. Maka kami pun bersetuju untuk mengikut formula campuran Abang Jamil dan terus memesan bekalan pelet tersebut.



Info untuk rujukan pelet keluaran CK Agrifeed


Tidak jauh beza kandungan nutrien pelet FFM dengan CK Arifeed



Perbezaan pelet FFM (kiri) dan CK Agrifeed (kanan)


Telur itik yang sedang di cuci oleh Abang Jamil untuk menghasilkan produk Telur Jeruk keluaran MJ Fatonah.


Saturday, November 6, 2010

Keli Berusia 3 Tahun

Sempat juga Allysha berposing

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kepada semua pelawat setia blog ini dan juga kepada pelawat baru. Petang semalam setelah sekian lama ayah saya membelanya, rasa 3 tahun sebelum anak saya lahir lagi ikan keli ini sudah di bela di dalam kolam simen yang tidak seberapa luasnya di hadapan rumah kami. Baka ikan keli afrika kalau tidak silap saya.

Tetiba tergerak rasa hati untuk memindahkan ikan-ikan keli itu ke tapak ikan keli yang terdapat berhampiran dengan kandang kami memandangkan Iwan salah seorang oekerja kami tahu membezakan ikan jantan dan betina. Tangguk punya tangguk ada 6 ekor ikan keli, memang besar betul sampai koyak jaring tangguk terpaksa gunakan bakul untuk menangguknya.




Iwan antara pekerja mahir kami.


Sebelah kiri jantan, manakala sebelah kanan pula betina.


Ada baki 10 kolam kanvas yang masih kosong, dengan harapan agar baka ikan keli ini dapat kami biakkan sebagai sumber makanan dan juga hobi masa lapang.


Malam semalam juga Iwan sembelih seekor sebagai lauk, tinggal la 2 ekor jantan 3 ekor betina.