Thursday, March 4, 2010

Lawatan ke rumah Uncle Ah Huat


Selepas kami melawat ladang Ustaz Man dan rakan-rakan, kami telah pergi melawat ke satu lagi usahawan di atas pelawaan Abang Syed salah seorang rakan usaha Ustaz Man. Kami telah pergi melawat ke rumah Uncle Ah Huat yang sedang menjalankan penternakan arnab dan cengkerik.

Menurut uncle Ah Huat, beliau belum lagi menjual hasil ternakannya kerana terdapat beberapa faktor yang perlu di ambil kira sebelum menjual hasil. Seperti arnab, setelah mececah 200 ekor induk betina barulah beliau akan menjual hasil ternakan arnabnya. Manakala untuk cengkerik beliau membantu permintaan rakan niaganya yang memerlukan 60,000 ekor cengkerik sehari, namun beliau mencuba untuk 20,000 ekor dahulu.

Satu kotak plastic berukuran 2 X 4 X 2 ini mampu menghasilkan 10,000 ekor cengkerik di anggarkan berharga RM 170.00. Beliau juga berpengalaman dalam penanaman jagung, betik, pisang, dan tembikai secara sekala besar.


Anggaran terdapat 70 ekor arnab pelbagai baka yang sedang di biakkan oleh Uncle Ah Huat.


Arnab di beri makan sekali sehari.


Beginilah rupa koloni cengkerik yang sedang di biak.


Saya tidak dapat bertanya dengan lebih lanjut kerana sibuk mengambil gambar untuk tatapan pengunjung blog ini. Namun saya hanya sempat bertanyakan hanya beberapa soalan sahaja.




No comments:

Post a Comment