Friday, December 17, 2010

Penyakit Puru @ Contagious Ecthyma


Puru atau nama saintifiknya CONTAGIOUS ECTHYMA merupakan penyakit kulit yang biasa menyerang ternakan kambing atau bebiri. Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan ia berpunca dari virus POX. Ia juga dikenali dengan beberapa nama iaitu soremouth, pustular dermatitis, orf dan scabby mouth.


Puru menyerang pelbagai baka kambing mahupun bebiri, namun ia baka kambing lebih mudah dijangkiti berbanding baka bebiri. Di percayai ia mudah menyerang beberapa baka kambing seperti kambing baka BOER. Puru merupakan ZOONOTIC DISEASE yang bermakusd ianya boleh menjangkit pada manusia, oleh itu berhati-hati ketika merawat ternakan yang terkena penyakit ini.

Jangkitan pada manusia.

Penyakit ini merebak secara sentuhan malah peralatan, pagar, makanan dan petak kandang juga boleh menyebabkan penyebaran penyakit ini. Anak kambing mudah di jangkiti kerana bagi anak kembar mereka berkongsi puting dan antibodi mereka masih lagi lemah. Namun dikatakan bagi ternakan yang telah pulih dari penyakit ini, mereka mempunyai antibodi untuk melawan penyakit puru ini.

Antara teknik pencegahan dan rawatan yang dicadangkan ialah dengan semburan OMNICIDE atau LIDORES pada kawasan petak yang dijangkiti, semburkan TETRAVET AEROSOL 2 kali sehari, suntikan BENACILILLIN LA dan FERRIADE + B12. Di harap anda dapt merujuk pada Doktor Veterinar mengenai kadar dos suntikan tersebut.

Tetravet Aerosol

Namun di kandang kami, kami hanya menyembur LINDORES pada seluruh kandang secara berjadual dan juga menyembur TETRAVET AEROSOL pada ternakan yang dijangkiti dan juga nipple air minum. Alhamdulillah tiada kes kematian yang berpunca dari penyakit ini.


No comments:

Post a Comment