Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,
Pada hari Selasa, 18 Januari 2011 yang lepas saya bersama 2 orang rakan sekerja, Pakcik Manap dan Nahar telah mengambil kesempatan waktu selepas kerja kami untuk pergi ke Kg Paya Lebar, Melaka untuk melihat sendiri inkubator atau mesin pengeram telur buatan En Zali. Walaupun kami telah diberitahu oleh En Zali bahawa beliau hanya ada masa pada hujung minggu, kami tetap juga meneruskan perjalanan kami.
Setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh kedua ibubapa En Zali, rupanya bapa En Zali pernah menetap di Klang selama 18 tahun. Sambil bertanya, kami bersembang, kami melihat dan kami telah memperolehi maklumat yang kami perlu, kami pun pulang. Nampak gaya Pakcik Manap berminat untuk menempah mesin itu dari En Zali untuk projeknya.
Berikut diantara info yang terdapat pada blog En Zali;
mesin eram jenis tiada brooder kapasiti:
1) 40 biji telur= rm160
2) 65/70 biji telur=rm180
3) 110/120 biji telur=rm250 (free digital thermometer)
mesin eram jenis siap brooder kapasiti:
1) 40 biji telur= rm180
2) 65/70 biji telur=rm200
3) 110/120 biji telur=rm270 (free digital thermometer)
1) 40 biji telur= rm160
2) 65/70 biji telur=rm180
3) 110/120 biji telur=rm250 (free digital thermometer)
mesin eram jenis siap brooder kapasiti:
1) 40 biji telur= rm180
2) 65/70 biji telur=rm200
3) 110/120 biji telur=rm270 (free digital thermometer)
Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari blog milik En Zali.
No comments:
Post a Comment