Saturday, April 24, 2010

Menarik Rumput Napier


Menjadi penternak bukanlah mudah, namun kami merasai setiap apa yang pekerja kami rasa semasa dan sewaktu menjalankan kerja-kerja yang telah kami jadualkan. Mengangkut napier dari ladang napier ke kandang juga merupakan satu cabaran kepada kami. Untuk menjimatkan kos kami menggunakan motor bersama carier yang telah Azmi reka.

Pada awalnya carier yang direka adalah untuk ditarik oleh Kubota sebab itu ianya besar, namun memandangkan kos untuk membeli sebuah Kubota agak tinggi kami pun menggunakan motor. Dengan keadaan muka bumi untuk ke lokasi ladang napier dan kandang berbukit bukau mungkin motor kami tidak akan tahan lama. Tindakan segera perlu kami ambil dengan mencari Kubota terpakai.


Lokasi ladang napier kami, kami perlu menanam 10 ekar napier untuk menampung makanan kambing kami atas nasihat doktor veterinar Klang, Dr Syed Zulkifli.


Motor terbabas sewaktu menuruni bukit di kandang kami. Mungkin muatannya perlu dikurangkan untuk menstabilkan motor.


Akhirnya, Kubota merah milik Wak Mani juga kami gunakan.

No comments:

Post a Comment