Showing posts with label Projek Kambing. Show all posts
Showing posts with label Projek Kambing. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Papan Tanda di Kandang Kami


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Papan tanda sumbangan pihak JPV PJ kepada kami sempena persiapan lawatan MB. Lawatan MB di tangguh lagi, jadi kami ada masa yang lebih panjang untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan rumah pekerja kami dan kerja-kerja yang berkaitan.




Thursday, November 11, 2010

Pelet CK Agrifeed di MJ Fatonah



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,


Hari ini saya bersama Azmi telah ke MJ Fatonah (Sifu Kami) untuk memesan makanan pelet kambing kami dan untuk mengetahui kesan pelet buatan CK Agrifeed yang telah Abang Jamil gunakan untuk ternakan beliau. Memandangkan kini stok pallet soya hull buatan Soon Soon Oil sukar di cari malahan kami terpaksa menunggu sehingga stok tiba, maka kami terpaksa mengubah pemakanan pelet kambing kami.

CK Agrifeed merupakan sebuah syarikat baru yang mengeluarkan makanan ternakan, kini hanya ternakan kambing dan lembu sahaja yang dikeluarkan dan terdapat dua jenis pembungkusan pelet iaitu 25kg dan 50kg. Kini Abang Jamil tidak lagi menggunakan pelet soya hull dan PKP untuk campuran konsentrat akibat stok yang terhad dan juga masalah penghantaran.

Formula konsentrat Abang Jamil yang terkini adalah campuran Goat pelet keluaran FFM dan juga Pelet Membesar keluaran CK Agrifeed dengan nisbah campuran 2 : 5. Maka kami pun bersetuju untuk mengikut formula campuran Abang Jamil dan terus memesan bekalan pelet tersebut.



Info untuk rujukan pelet keluaran CK Agrifeed


Tidak jauh beza kandungan nutrien pelet FFM dengan CK Arifeed



Perbezaan pelet FFM (kiri) dan CK Agrifeed (kanan)


Telur itik yang sedang di cuci oleh Abang Jamil untuk menghasilkan produk Telur Jeruk keluaran MJ Fatonah.


Saturday, October 9, 2010

Persiapan Menjelang Lawatan MB 12.12.10



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, kami telah dimaklumkan bahawa lawatan MB telah ditunda ke 12 Disember 10 maka kami menarik nafas lega. Masih banyak lagi yang perlu kami siapkan, namun kerja-kerja penanaman napier dan pokok herba telah selesai dan jejambat untuk MB memasuki kandang kambing kami juga telah siap dibina oleh pihak JPV.



Jejambat yang bakal digunakan oleh MB.


Setelah 10 hari kerja-kerja penanaman napier selesai.


Masalah kawasan berpaya, mungkin napier tidak boleh hidup.


Kawasan operasi kandang yang sedang dibina.

Preview Rumah Pekerja



Sunday, September 26, 2010

Persiapan Menjelang Lawatan MB 10.10.10



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Setelah kami berbincang dengan pihak JPV dan MARDI, akhirnya mereka mengarahkan kami untuk membersihkan kawasan bawah ladang dengan tujuan untuk ditanam dengan napier dan juga pokok-pokok yang sesuai untuk ternakan kambing. Segala kos persiapan ini di taja oleh pihak JPV manakala pihak MARDI merupakan konsultan kepada projek persiapan ini.

Pihak JPV juga telah membuat operasi rawatan ke atas ternakan kami dengan memberi rawatan cacing, kutu & kurap, mengambil sampel darah dan sebagainya. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak JPV Selangor, MARDI dan juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan persiapan lawatan ini menjelang 10.10.10 nanti.



Azmi turut memantau kerja-kerja penanaman.


Pokok benih napier yang telah dna bakal di tanam.


Antara pekerja yang sedang giat menanam.


Anak pokok pelbagai jenis yang bakal ditanam ini juga terdapat di MAHA, Serdang.


Preview Kerja Pembinaan Rumah Pekerja

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Setelah kerja-kerja meratakan tanah siap, kerja pembinaan pula mula selepas cuti raya pada 12 September 2010. Gambar berikut merupakan antara gambar setelah 15 hari kerja pembinaan dilakukan bukan main cepat lagi mereka bekerja kerana target kami rumah pekerja perlu siap dibina menjelang lawatan Menteri Besar Selangor pada 10 Oktober ini.

Kami telah dihubungi oleh pihak JKKK Kg Bukit Cherakah mengatakan kandang kami antara agenda yang akan dimasukkan di dalam lawatan MB pada hari tersebut. Pihak JPV Selangor, JPV Petaling, JPV Klang, MARDI Serdang dan juga PPK Klang turut turun padang berbincang dengan kami akan persiapan yang diperlukan menjelang lawatan beliau. Banyak juga yang kami mohon, namun hanya budget sahaja yang dapat menentukan.


Tapak pembinaan yang telah siap di ratakan.


Pekerja begitu gigih melakukan kerja pembinaan.


Azmi memantau projek pembinaan rumah pekerja kami.


80% kerja memasang batu-bata telah siap dilakukan.