Thursday, November 11, 2010

Pelet CK Agrifeed di MJ Fatonah



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,


Hari ini saya bersama Azmi telah ke MJ Fatonah (Sifu Kami) untuk memesan makanan pelet kambing kami dan untuk mengetahui kesan pelet buatan CK Agrifeed yang telah Abang Jamil gunakan untuk ternakan beliau. Memandangkan kini stok pallet soya hull buatan Soon Soon Oil sukar di cari malahan kami terpaksa menunggu sehingga stok tiba, maka kami terpaksa mengubah pemakanan pelet kambing kami.

CK Agrifeed merupakan sebuah syarikat baru yang mengeluarkan makanan ternakan, kini hanya ternakan kambing dan lembu sahaja yang dikeluarkan dan terdapat dua jenis pembungkusan pelet iaitu 25kg dan 50kg. Kini Abang Jamil tidak lagi menggunakan pelet soya hull dan PKP untuk campuran konsentrat akibat stok yang terhad dan juga masalah penghantaran.

Formula konsentrat Abang Jamil yang terkini adalah campuran Goat pelet keluaran FFM dan juga Pelet Membesar keluaran CK Agrifeed dengan nisbah campuran 2 : 5. Maka kami pun bersetuju untuk mengikut formula campuran Abang Jamil dan terus memesan bekalan pelet tersebut.



Info untuk rujukan pelet keluaran CK Agrifeed


Tidak jauh beza kandungan nutrien pelet FFM dengan CK Arifeed



Perbezaan pelet FFM (kiri) dan CK Agrifeed (kanan)


Telur itik yang sedang di cuci oleh Abang Jamil untuk menghasilkan produk Telur Jeruk keluaran MJ Fatonah.


1 comment: