Showing posts with label Para Pelawat Kami. Show all posts
Showing posts with label Para Pelawat Kami. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Lawatan Pelajar Ahli Kelab Permata Dari UiTM & UKM


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi kami telah berjaya menjayakan lawatan pelajar dari 2 buah universiti semalam. 30 orang pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan 11 orang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kesemua pelajar ini merupakan ahli Kelab Permata. Taklimat diberikan oleh saya, Hj Hasan dan juga Abang Syed yang dijemput khas dari Lembaga Pertubuhan Pelandang (LPP).


Pelbagai penerangan dari segi teori dan juga teknikal telah kami bincangkan manakala Abang Syed menerangkan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dari pelbagai segi. Seperti biasa selepas sesi taklimat dan soal jawab selesai kami membawa para pelajar melawat ke kandang kami. Setelah selesai sesi lawatan mereka dijamu dengan makan tengahari.


Terima kasih juga kami ucapkan kepada En Ismail dan juga En Aslam dari ASL Resources Training & Consultancy yang turut hadir semalam dan mereka merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membawa pelajar-pelajar ini melawat ke kandang kami.



Sunday, January 30, 2011

Lawatan Pelajar Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS)




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Syukur Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini. Pada hari ini juga kami telah mencipta rekod dengan menerima lawatan pelajar dari ahli Kelab Permata dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) seramai 40 orang bersama 2 pensyarah iringan. Walaupun kami belum memiliki kemudahan yang selesa untuk mengadakan seminar mahupun kursus namun dengan ruangan pejabat yang kami ada, kami menjadikannya sebagai tempat untuk memberi taklimat. Mereka merupakan pelawat formal kami yang pertama.

Haji Hasan memberi taklimat kepada para pelajar.

Apa yang kami difahamkan, Kelab Permata merupakan kelab usahawan, ia berfungsi untuk mendidik dan memupuk para ahlinya untuk berniaga. Dengan memberikan pendedah awal seperti lawatan ini ia dapat membantu meningkatkan serba sedikit tentang pengetahuan mereka dan membina rangkaian perniagaan yang bakal mereka mulakan.

Azmi memberi keterangan kepada para pelajar.

Hampir selama 2 jam mereka disini, penerangan demi penerangan kami terangkan, soalan demi soalan kami jawabkan, selepas menikmati jamuan makan tengahari kami & mereka berangkat ke kandang untuk melihat sendiri ternakan kami.

Trofi sumbangan pelajar tanda lawatan mereka.