Showing posts with label Projek Burung Walit. Show all posts
Showing posts with label Projek Burung Walit. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

KERTAS KERJA BURUNG WALIT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Kini saya rasa telah sampai masanya bagi saya berkongsi segala ilmu yang telah saya pelajari, tidak kira sama ada ilmu itu mengenai duniawi atau akhirat. Saya akan cuba memberi yang terbaik kepada para pelawat blog ini dan menjadikan blog ini sebagai kamus atau rujukan kepada mereka yang memerlukannya.

Mungkin ada yang memberi tanggapan negatif atas segala ulasan yang telah atau bakal saya ulaskan, namun segala ulasan itu merupakan pendapat saya mengenai apa yang pernah saya lalui atau apa yang pernah saya gunakan untuk membantu saya dalam menjalani kehidupan yang sementara ini.

Sebagai permulaan nafas baru ini, saya ingin berkongsi kepada semua akan Kertas Kerja Burung Walit saya yang telah saya sediakan pada tahun 2010 lepas. Bagi mereka yang memerlukannya boleh klik link di bawah untuk terus download kertas kerja saya:



Maaf jika saya lewat membalas email yang telah dihantar, semoga kita berjaya bersama.

Support saya dengan click icon di bawah :

Support me!

Sunday, October 10, 2010

Lawatan Beraya Pakar Burung Walit Sarawak

Abdullah Shaari seorang pakar burung walit dari Sarawak bersama Abang Fadil telah datang beraya ke rumah saya pada musim raya yang lepas. Banyak juga perkara yang saya ajukan kepada beliau mengenai industri burung walit ini. Kami juga sempat membuat demo test cara-cara memanggil burung walit untuk melihat kehadiran burung walit di kawasan rumah saya.



Antara gadget yang di bawa untuk memanggil burung walit.

Sunday, August 15, 2010

Kertas Kerja Burung Walit


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Untuk pengetahuan para pelawat blog, saya mempunyai kertas kerja burung walit yang saya karang sendiri pada bulan Januari yang lepas. Tujuan kertas kerja burung walit saya adalah untuk memohon peruntukan penuh dari kerajaan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan contoh isi kandung kertas kerja burung walit saya, ianya boleh di download terus di link di bawah ini.




Manakala bagi mereka yang ingin mendapatkan isi penuh kertas kerja burung walit saya ini, mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja sebagai usaha saya untuk mengkaji, menghadiri kursus, berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dan juga menyiapkan kertas kerja burung walit saya. Namun mereka perlu juga mengubah tujuan kertas kerja tersebut. Dan saya masih lagi belum berkemampuan untuk memulakan projek burung walit saya.


Tuesday, February 9, 2010

Kontena Rumah Burung Walit



Untuk menjimatkan kos pembinaan bangunan rumah burung walit yang tinggi, ada juga mereka yang membina rumah burung walit menggunakan kontena 20' terpakai. Mungkin penggunaan kontena tidak sesuai kerana ia panas tetapi ianya terpulang kepada kita bagaimana untuk kita mengurangkan dan mengawal kadar kepanasan di dalam kontena agar suasana, suhu dan juga kelembapan sesuai untuk menggalakkan burung walit memasuki seterusnya membina sarangnya di dalam kontena tersebut.

Lokasi rumah burung kontena ini ialah di Kampung Bujang, Merbok, Kedah. Gambar-gambar ini di ambil dari blog Sifu burung walit saya, Pak Harry. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari blognya di :-








Thursday, January 14, 2010

Kertas Kerja Burung Walit (Swiftlets)



Kertas kerja burung walit telah pun dihantar, kini hanya perlu menanti jika ada rezeki untuk menjalankan projek ini. Ia mengambil masa sebulan untuk disiapkan dengan segala kos perbelanjaan sendiri untuk menghadiri seminar-seminar, berjumpa pakar, mendapatkan suara, dan lain-lain.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui isi kandung kertas kerja burung walit ini, ianya boleh di download terus. Manakala untuk mengetahui isi penuh kertas kerja ini, cas sebanyak RM 50 akan dikenakan sebagai usaha saya untuk menyiapkannya.

Download :
Isi kandung kertas kerja burung walit