Showing posts with label Projek Pertanian. Show all posts
Showing posts with label Projek Pertanian. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Lawatan ke Bukit Ramlee - Feb 2011



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Pada awal bulan Februari yang lepas, saya telah pergi melawat ke Bukit Ramlee untuk melihat sambil meninjau perkembangan projek penanaman nenas milik Wak Ramli. Banyak juga perubahan yang dapat saya lihat dari segi infra mahupun tanaman. Kini Wak Ramli sedang menyiapkan batas-batas untuk menanam sayur-sayuran sebagai sumber pendapatan segera bagi menampung kos bulanan beliau.

Antara kenderaan ladang yang baru, kereta kancil diubah suai untuk mengangkat tong racun, pada hujung minggu pula untuk mengangkat basikal.

Antara infra yang sedang dalam pembinaan, pentas dan juga chalet.

Selain papan tanda ke Bukit Ramlee, papan tanda untuk pokok juga telah dipasang.

Projek terkini Wak Ramli, Projek Tanaman Kontan (ACDA) bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Status projek kini dalam pembinaan batas-batas sayuran.

Menghitung bulan, Nenas Yankee atau Selangor Sweet yang kini hampir matang. Tujuan kain perca itu adalah untuk menngaburi sang monyet.

Monday, February 14, 2011

Tanam Cili Sebagai Hobi & Sumber Pendapatan Sampingan


Cili Oh Cili...!!! Syukur Alhamdulillah kami mempunyai pekerja yang begitu rajin, gigih lagi kreatif. Idea penanaman cili ini muncul dengan sendirinya oleh Iwan salah seorang pekerja kami yang mempunyai pengalaman dalam penanaman cili secara komersial. Banyak juga anak benih yang telah di semai dan kini anggaran dalam 250 pokok cili yang telah di pindahkan dari tapak semaian dan di tanam.

Penyediaan batas digembur dan ditabur dengan tinja kambing mentah dan dibiarkan selama 2 minggu untuk menjadikan tanahnya subur.

Sementara menunggu batas siap, benih cili disemai, sihat-sihat belaka benih cili ini.

Setelah batas siap, anak benih cili pun matang, ianya dipindahkan ke batas cili oleh Iwan.

Formula bancuhan baja tinja kambing rekaan Iwan sendiri.

Bukan sahaja pokok cili yang menghijau, pokok mulberi dan gracilia juga hijau-hijau belaka.

Pokok cili yang sudah tinggi diikat pada batang pokok senduduk kerana batang pokok senduduk tidak akan bercendawan sekaligus dapat mengurangkan risiko serangan penyakit kulat.


Monday, October 11, 2010

ISEKI di Bukit Ramli



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Bagi melancarkan operasi ladang nenas Wak Ramli, beliau telah membeli sebuah jentera 4WD berjenama ISEKI daripada rakan beliau. Alangkah beruntungnya beliau hanya membeli jentera tersebut dengan harga RM 3,000 sahaja, start enjin terus boleh jalan. Hantar ke bengkel Wak Salam untuk servis dan spray cat baru, kini Wak Salam tengah membina sebuah carier untuk jentera tersebut untuk kerja-kerja di ladang beliau dan juga untuk membawa geng-geng basikal menaiki puncak Bukit Ramli.


Setelah selasai kerja-kerja mengecat, ISEKI kelihatan seperti baru.


Carier yang masih belum siap di bina di bengkel Wak Salam.


Wednesday, January 20, 2010

Projek Keladi - Jalan Jambu

Projek tanaman keladi ini diusahakan sendiri oleh Wak Mani di Jalan Jambu, Meru. Tanah seluas 3 ekar akan di tanam sepenuhnya dengan tanaman keladi.



Percubaan Wak Mani menanam napier di tanah gambut, memang cepat tumbesarannya.

Friday, January 15, 2010

Tapak Cili Fertigasi



Pada tahun lepas disini lah tapak projek cili fertigasi saya di Lot 2631, terbiar dan kini dalam proses pembersihan. Masih lagi dalam perancangan untuk tanaman yang sesuai untuk ditanam kerana jika saya menanam cili, serangga dan kulat pada musim lepas masih lagi ada di kawasan sekitar oleh itu ia perlu diracun terlebih dahulu.

Jika saya menanam cili, cili mengambil masa 3 bulan untuk tuaian yang pertama maka saya mungkin akan mula menuai hasil pada sekitar awal bulan April dan sewaktu itu juga sudah tentu harga pasaran cili menurun. Dari pemerhatian saya, penanaman sayur cili ini perlu ditanam 3 bulan sebelum bulan puasa atau sekitar bulan September kerana selepas 3 bulan iaitu pada bulan Disember harga pasaran cili kembali tinggi.



Didi sedang melakukan kerja pembersihan, namun masih lagi dalam proses pembersihan kerana kini Didi sedang sibuk menanam benih napier bagi makanan kambing boer nanti