Thursday, January 14, 2010

Projek Ternakan Kambing Boer

Sebanyak 200 ekor kambing boer akan diternak di dalam projek ini yang bertempat di Kampung Bukit Cherakah, Selangor. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga terlibat di dalam projek ini danprojek ini akan dipantau oleh pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang. Kandang kambing yang berukuran 160' x 40' ini mampu menampung kapasiti kambing berjumlah 500 ekor. Projek ini telah bermula pada minggu keempat bulan Ogos 2009.

Kini 80% daripada infrastruktur projek telah hampir siap dan dijangka pada 15 Februari 2010 induk kambing boer akan sampai. Benih pokok napier taiwan juga telah ditanam di beberapa lokasi yang lain sebagai sumber makanan kambing.




No comments:

Post a Comment