Sunday, March 25, 2012

KERTAS KERJA BURUNG WALIT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Kini saya rasa telah sampai masanya bagi saya berkongsi segala ilmu yang telah saya pelajari, tidak kira sama ada ilmu itu mengenai duniawi atau akhirat. Saya akan cuba memberi yang terbaik kepada para pelawat blog ini dan menjadikan blog ini sebagai kamus atau rujukan kepada mereka yang memerlukannya.

Mungkin ada yang memberi tanggapan negatif atas segala ulasan yang telah atau bakal saya ulaskan, namun segala ulasan itu merupakan pendapat saya mengenai apa yang pernah saya lalui atau apa yang pernah saya gunakan untuk membantu saya dalam menjalani kehidupan yang sementara ini.

Sebagai permulaan nafas baru ini, saya ingin berkongsi kepada semua akan Kertas Kerja Burung Walit saya yang telah saya sediakan pada tahun 2010 lepas. Bagi mereka yang memerlukannya boleh klik link di bawah untuk terus download kertas kerja saya:



Maaf jika saya lewat membalas email yang telah dihantar, semoga kita berjaya bersama.

Seribu Kemaafan Di Pohon

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Setelah sekian lama saya mendiamkan diri, di sini saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya yang lepas kerana tidak dapat memberi sebarang post atau info kepada semua pelawat blog yang setia mahupun yang baru. Untuk makluman semua, saya tidak dapat lagi menumpukan perhatian saya ke atas projek ternakan kambing kami akibat daripada beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan rakan seangkatan saya En Azmi kini menjaganya dengan sepenuh masa.

Saya bersyukur kepada ALLAH, walaupun tiada sebarang post yang saya berikan namun para pelawat blog ini masih lagi tinggi, purata 400++ orang pelawat baru mahupun yang setia. Terima kasih saya ucapkan semoga kita berjaya bersama. Mampukah saya meneruskan perjuangan saya? Mampukah saya meneruskan penulisan saya di dalam blog ini? Mampukah saya mengekalkan jumlah pelawat blog ini? Kita lihat bersama-sama...

Pejuangan tanpa sebarang post 2011

Pejuangan tanpa sebarang post 2012


Friday, April 1, 2011

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelawat setia blog kami, tidak lupa juga kepada pelawat baru dan juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Walaupun tanpa sebarang pos terkini di blog kami pada bulan Mac yang lepas, bilangan pengunjung blog kami amat memberangsangkan. Kami menggunakan khidmat kiraan pelawat percuma yang disediakan oleh hitstats.com sebagai rujukan kami.

Untuk pengetahuan para pelawat, blog kami telah pun berusia 1 tahun pada 13 Mac 2011 yang lepas. Akibat dari kesibukan dan masa yang terhad kami tidak dapat memberi atau mengepos info terkini di blog kami. Semoga kami dapat terus memberi maklumat yang berguna kepada anda semua.



Bilangan pelawat blog pada bulan Mac 2011

Bilangan pelawat blog mengikut hari pada bulan Mac 2011

Bilangan pelawat blog mengikut bulan pada tahun 2010 hingga kini

Bilangan pelawat blog mengikut bandar

Saturday, February 26, 2011

TERUMO - Pincagari (Syringe) dan Jarum (Needle)


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Di sini kami ingin menceritakan pincagari dan juga jarum yang biasa kami gunakan untuk ternakan kambing kami. Jenama TERUMO sememangnya tidak asing lagi bagi para penternak, doktor-doktor veterinar dan juga doktor-doktor di klinik mahupun hospital, ini kerana TERUMO merupakan salah satu pengeluar barang dan peralatan kesihatan. Untuk pengetahuan semua, saiz jarum suntikan untuk setiap ternakan adalah berbeza-beza diharap dapat merujuk pada Doktor Veterinar.

Jarum suntikan untuk kambing (21G x 1" @ 0.80 x 25mm)

Saiz jarum yang kami gunakan untuk ternakan kambing kami ialah 21G x 1" atau 0.80 x 25mm. Sekotak TERUMO Needle ini mengandungi 100 unit jarum dan ia digunakan sekali sahaja iaitu satu jarum untuk seekor kambing untuk mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit berpindah ke kambing yang lain.

Pincagari 5cc/ml (Sekotak 100 unit)

Saiz pincagari yang biasa kami gunakan pula ada 2 jenis saiz iaitu 5cc/ml dan 50ml. Sekotak pincagari 5cc/ml mengandungi 100 unit pincagari manakala sekotak pincagari 50ml mengandungi 20 unit pincagari. Pincagari 5cc/ml kami gunakan untuk suntikan ubat kepada kambing kami manakala 50ml pula, kami gunakan untuk memberi ubat secara oral. Sebagai contoh untuk ubat cirit iaitu Scourban Plus yang diberi secara oral, kami sambung hos bersaiz 6mm pada pincagari dan mengisi pincagari tadi dengan ubat Scourban Plus mengikut dos yang diperlukan.

Pincagari 50ml (Sekotak 20 unit)

Pemberian ubat secara oral menggunakan kaedah ini dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja kerana kami tidak perlu lagi bergelut memaksa ternakan kambing kami untuk membuka mulutnya.

Perbezaan pincagari 5cc/ml dengan 50ml

Saturday, February 19, 2011

Molases atau Gula Merah


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Molases atau gula merah sememangnya antara keperluan yang popular bagi penternak lembu mahupun kambing. Ianya beri secara oral iaitu dicampur di dalam air minuman ternakan dan ada juga yang memberi secara semburan pada makanan ternakan. Ada juga penternak yang hari-hari memberi molases kepada ternakan mereka namun pemberian 1 kali seminggu pun sudah mencukupi.


Molases boleh menyebabkan ternakan ketagih dan dengan cara ini penternak mampu mendisplinkan ternakan mereka, sebagai contoh bagi penternak yang menternak secara lepas pemberian molases di dalam air minum pada setiap petang mampu mendisplinkan ternakan untuk pulang pada setiap petang.


Molases mempunyai bahan kering (Dry Matter) dan tenaga metabolisma (Metabolisable Energy) yang tinggi dan mampu melengkapkan gizi makanan harian ternakan malah menambah selera makan ternakan. Di sini kami ingin berkongsi maklumat yang kami perolehi hasil analisa Makmal Pemakanan Institut Veterinar, Kluang selama beberapa tahun dan semua keputusan analisa bahan adalah diambil dari purata pengumpulan sampel bahan tersebut.


Dry Matter Crude Protien Crude Fibre Metabolisable Energy
Molases 1 93.2% 1.4% 0.7% 13.96%

Molases 2 81.0% 3.7% 0.0% 12.61%

Untuk mengetahui lanjut mengenai keperluan nutrien harian ternakan dan formula pengiraannya, boleh rujuk pada pos kami bulan Ogos 2010 atau klik link di bawah ini. Harap kami dapat membantu anda.



Wednesday, February 16, 2011

Lawatan ke Bukit Ramlee - Feb 2011



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Pada awal bulan Februari yang lepas, saya telah pergi melawat ke Bukit Ramlee untuk melihat sambil meninjau perkembangan projek penanaman nenas milik Wak Ramli. Banyak juga perubahan yang dapat saya lihat dari segi infra mahupun tanaman. Kini Wak Ramli sedang menyiapkan batas-batas untuk menanam sayur-sayuran sebagai sumber pendapatan segera bagi menampung kos bulanan beliau.

Antara kenderaan ladang yang baru, kereta kancil diubah suai untuk mengangkat tong racun, pada hujung minggu pula untuk mengangkat basikal.

Antara infra yang sedang dalam pembinaan, pentas dan juga chalet.

Selain papan tanda ke Bukit Ramlee, papan tanda untuk pokok juga telah dipasang.

Projek terkini Wak Ramli, Projek Tanaman Kontan (ACDA) bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Status projek kini dalam pembinaan batas-batas sayuran.

Menghitung bulan, Nenas Yankee atau Selangor Sweet yang kini hampir matang. Tujuan kain perca itu adalah untuk menngaburi sang monyet.