Thursday, January 20, 2011

Chalet Kenangan Pengkalan Balak


Dalam perjalanan pulang dari kampung En Zali, kami singgah pula ke kampung rakan sekerja saya Nahar di Pengkalan Balak. Rupa-rupanya keluarga Nahar memiliki sebuah chalet di persisiran pantai Pengkalan Balak yang kini di jaga dan diusahakan oleh adik beliau. Chalet Kenangan mempunyai 5 bilik penginapan, namun kami tidak dapat untuk melihat sepenuhnya keadaan di dalam bilik kerana adik beliau tiada di chalet tersebut.


Menurut cerita Nahar, chalet tersebut kebiasaannya menerima pelajar-pelajar sekolah yang menyertai aktiviti perkhemahan kerana kawasan chalet tersebut mempunyai padang yang luas. Bercerita mengenai modal pula, tiada bantuan atau pinjaman dibuat oleh itu kita lihat perkembangan chalet ini kurang maju berbanding chalet-chalet lain yang terdapat di sepanjang persisir pantai ini.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kadar sewa dan kemudahan yang terdapat di Chalet Kenangan ini, sila menghubungi nombor di bawah.








No comments:

Post a Comment