Tuesday, January 19, 2010

‘Why I Like It Longer’ @ Kenapa Aku Sukanya Panjang?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kepada semua pelawat blog ini, dalam artikal ni saya hendak bagi tahu "Kenapa aku sukanya panjang?" atau dalam bahasa english "Why I Like It Longer?" kerana Nuffnang ada buat peraduan hadiah handphone LG Chocolate. Saya bukan pandai sangat hendak mengarang, oleh itu biar gambar menceritakan segalanya kepada anda.



Tahun lepas masa saya mencuba penanaman cili secara fertigasi, saya susun polibeg secara memanjang memudahkan saya untuk meracun, memetik cili dan kos paip fertigasi pun tidaklah tinggi kerana kurang fitting paip yang digunakan.


Dalam pertanian, kalau hasil tanaman panjang-panjang contoh kanjang panjang, cili, timun, lobak dan sebagainya maka beratlah hasilnya jika ditimbang dengan itu hasil pendapatannya juga lebih.



Masa pergi lawatan ke PPK Sg Chenaam tengok projek ikan dengan Wak Emeng dengan Tok Mislam. Kolam ikan dengan udang pun dia orang buat panjang-panjang, kerana bila kolam itu panjang maka banyak jugalah benih ikan atau udang yang boleh dilepaskan dan diternak.



Tahun ini projek ternak kambing akan saya buat, kandang kambing saya pun panjang dekat 160 kaki boleh memuatkan 400 ekor kambing, luas tanah 3 ekar memanjang. Lebihan kawasan tanah yang panjang itu saya tanam rumput pastura untuk makanan kambing nanti dan sekarang projek tanam napier sudah pun bermula. Bila napier ini panjang-panjang maka kenyanglah kambing saya nanti.



Sekarang saya pakai kereta kelisa, pendek tapi jimat petrol. Insyaallah ada rezeki nanti saya hendak tukar kepada kenderaan yang panjang, van atau lori mudah sikit untuk angkut kambing atau rumput-rumput napier yang panjang-panjang itu nanti. Sticker MAHA 2008 adalah sticker paling panjang pada cermin depan kerata saya. Harap tahun ini adalah MAHA 2010, boleh la saya pergi.



Rumah saya sudah pun siap, rumah pun saya bina memanjang sebab hendak jimatkan rumah. Malahan rumah saya sambung dengan rumah kedua ibubapa saya, dengan itu rumah kami adalah rumah yang terpanjang di kawasan saya. Mudah hendak buat kenduri, saudara-mara datang pun tidak susah.



Dan yang terakhir sekali saya suka berambut panjang. Istilah panjang memang penting dalam hidup saya, semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment