Tuesday, February 9, 2010

Pemilihan Baka Kambing Boer, Behrang


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Hari ini kami bersama pembekal kambing, En. Azman bersama pasukan dari Jabatan Veterinar Selangor, Pn. Saejah bersama pasukan dari LLP Selangor dan En. Sulaiman dari PPK Klang telah pergi ke PJ Livestock di Behrang, Perak untuk memeriksa seterusnya memilih baka kambing boer untuk kandang kami.

Di sini kami telah diberitahu akan spesifikasi baka kambing boer untuk kandang kami dan bagaimana cara untuk memilih baka kambing boer dengan lebih mendalam oleh pihak LPP dan juga Jabatan Veterinar. Namun dari beberapa ekor kambing boer yang terdapat di sini kami hanya dapat memilih 70 ekor kambing boer yang lulus mengikut spesifikasi Jabatan Veterinar.

Di dapati purata berat kambing adalah 23kg dan ada juga kambing yang cirit-birit ini kerana pihak PJ Livestock memberitahu kambing boer ini baru tiba pada hari Jumaat yang lepas dari Australia. Oleh itu pihak PJ Livestock bersama-sama Jabatan Veterinar dan LPP bersetuju agar kambing boer yang telah dipilih dan ditanda di jaga oleh pihak PJ Livestock untuk proses penggemukkan dan di kuarantin bagi kambing-kambing boer ini betul-betul serasi dengan keadaan dan perubahan cuaca di sini.

Tempoh 2 minggu hingga sebulan telah diberikan kepada pihak PJ Livestock untuk mengkuarantin bakal kambing-kambing kami. Pemeriksaan dan pemilihan baki kambing boer akan diberitahu kelak setibanya baka kambing boer dari Australia yang dijangka tiba Jumaat ini.




Kambing ditimbang untuk mengetahui berat badan kambing mengikuti spesifikasi pihak LPP.


Diantara kambing boer yang telah dipilih ditanda dengan dakwat biru.



No comments:

Post a Comment