Pada 4 Mac 2010 yang lalu, kami bersama-sama dengan pihak LPP Negeri Selangor dan juga pihak dari Jabatan Veterinar Selangor telah pergi ke PJ Livestock di Behrang. Tujuan kami adalah untuk memilih baka kambing boer yang akan ditempatkan di ladang kami. Ini merupakan kali kedua kami memilih baka kerana pada waktu lawatan kami yang lepas hanya 70 ekor kambing sahaja yang lulus pemeriksaan oleh pihak JPV.
Namun untuk lawatan kali ini hanya 162 ekor kambing betina dan 10 ekor kambing jantan telah lulus pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak JPV. Kami masih lagi kekurangan 28 ekor kambing betina. Nampaknya kami mungkin perlu datang semula ke Behrang untuk memilih baki kambing betina kami yang sepatutnya berjumlah 200 ekor kesemuanya.
Kami berkesempatan untuk melihat seekor kambing boer betina melahirkan anak.
No comments:
Post a Comment