Saturday, April 10, 2010

Napier! oh! Napier!


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Berjumpa kita setelah sekian lama saya tidak dapat mengutarakan posting yang baru semenjak kambing kami tiba pada 17 Mac 2010 yang lepas. Projek penanaman napier kami di kebun Wak Ahmad bermula pada 4 Februari 2010 yang lepas dengan keluasan 3 ekar namun belum dapat kami menggunakan keluasan itu sepenuhnya. Setelah 2 bulan berlalu, tanaman napier kami di sana telah membuahkan hasil, dengan anggaran kos RM 8,000 untuk upah merotor tanah, upah pekerja dan baja serta pembelian benih napier dari rakan-rakan ternak di sekitar kawasan kami.


Barisan napier yang telah ditetak untuk kambing kami.


Kolam tadahan yang terdapat di dalam kawasan kebun.

Selepas hujan, saya dapati air yang mengalir ke dalam kolam bagaikan paip yang pecah namun sewaktu musim kemarau, tiada setitik air pun yang mengalir ke dalam kolam ini.


Tapak napier yang baru diusahakan di atas tanah rezab dan kami telah pun mendapat persetujuan dari pihak JKKK untuk menggunakan tanah rezab ini.

No comments:

Post a Comment