Saturday, April 24, 2010

Preview Kandang Kami Yang Terkini


Kini populasi kambing kami adalah 202 ekor hanya 3 ekor dari baka janpari manakala bakinya adalah dari baka boer. Dari segi kesihatan kambing, pelbagai jenis penyakit kambing juga telah kami lalui antaranya cirit-birit, sakit mata (pink eye), batuk & selsema, puru, luka berulat, kembung dan juga yang paling bahaya iaitu CLA. Ada juga kambing yang telah bunting di antara kambing yang kami terima, namun kami belum ada lagi pengalaman kelahiran kambing di kandang kami.

Dari segi makanan pula, pallet, rumput napier dan juga pelepah kelapa sawit telah kami beri. Kini kami terus menyulam dan menambah keluasan penanaman napier kami secara berperingkat atas nasihat Dr. Syed Zulkifli dari JPV Klang kami perlu menambah lagi napier kepada 10 ekar sewaktu kunjungan beliau dan anggota dari JPV melawat kandang kami pada 22 April 2010 untuk mengambil sampel darah, menyuntik ubat penyakit kaki,kuku dan mulut (FMD) dan juga cacing secara oral.

Ribuan terima kasih kepada beliau dan juga anggota JPVnya yang sudi datang dan membantu kami. Banyak juga komen, pendapat, tunjuk ajar dan arahan yang beliau telah luahkan kepada kami memandangkan kami masih belum berpengalaman dalam bidang ternakan kambing. Suntikan modal yang berterusan bagi menampung kos pekerja dan makanan dan juga beberapa peralatan yang diperlukan di dalam dan luar kandang.


Antara pakej anak kambing yang kami terima dari pihak pembekal, 6 ekor anak keseluruhannya.


Keadaan kandang kami yang hampir penuh, daripada 14 petak hanya tinggal 2 petak kosong sahaja yang tinggal kerana kami menggunakan petak tersebut sebagai markas kami.


Menurut komen Dr Syed, kandang kami hanya mampu menampung sebanyak 220 ekor kambing sahaja.


Penanaman napier di lereng bukit bersebelahan kandang tidak menjadi kerana penanaman dibuat sewaktu musim kemarau dan tiada sulaman baru yang dilakukan oleh kami.


Pastura tetap pastura, kini semakin menghijau bakal habuan kepada 50 ekor kambing biri-biri kelak. Insyaallah.




No comments:

Post a Comment