Wednesday, September 1, 2010

Putus Bekalan SoyBean Hull


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dua minggu yang lepas, kami telah menghubungi Abang Jamil (MJ Fatonah) untuk membuat tempahan pallet namun dukacitanya kami dimaklumkan mereka tidak dapat membuat penghantaran kerana bekalan SoyBean Hull mereka tidak mencukupi dan dikhabarkan pembekal mereka juga tiada stok pallet ini.

Akibat prasangka yang kuat kami cuba menghubungi kilang pengeluar pallet SoyBean Hull tersebut. Dukacita sekali lagi kami juga dimaklumkan oleh pengeluar bahawa mereka juga kekurangan bahan untuk pemprosessan pallet tersebut. Apa kan dayanya kami tidak pernah terfikir akan berlakunya masalah seperti ini


Bermulalah pencarian kami di kedai-kedai kampung bersama Wak Emeng untuk mencari saki-baki SoyBean Hull pallet ini, dengan harga sekitar RM 40 ke RM 42 sebeg 50kg kami terpaksa juga membelinya agar tidak mengecewakan ternakan kami. Kami juga terpaksa mengolah pemberian makanan ternakan kami dengan menggunakan hampas soya bagi memenuhi kadar protin harian mereka.

1 comment: