Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru - 2011

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Kepada semua pelawat setia blog kami dan tidak lupa juga kepada pelawat yang baru, terima kasih kami ucapkan kerana masih lagi setia melawat dan membaca segala info yang kami utarakan dan yang kami pamerkan kepada anda.

Kami ingin mengucapkan " Selamat Tahun Baru 2011 " kepada anda semoga tahun baru ini, tahun hadapan ini akan memberi lebih dari apa yang telah anda usahakan, mendapat lebih dari apa yang anda harapkan, berjaya dalam segala bidang yang telah anda ceburi. Amin.

Dan kami juga akan cuba berkongsi dan memberi segala info dan ilmu pengetahuan yang terbaik, yang berguna, yang dapat membantu anda, Insyaallah...

Friday, December 17, 2010

Penyakit Puru @ Contagious Ecthyma


Puru atau nama saintifiknya CONTAGIOUS ECTHYMA merupakan penyakit kulit yang biasa menyerang ternakan kambing atau bebiri. Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan ia berpunca dari virus POX. Ia juga dikenali dengan beberapa nama iaitu soremouth, pustular dermatitis, orf dan scabby mouth.


Puru menyerang pelbagai baka kambing mahupun bebiri, namun ia baka kambing lebih mudah dijangkiti berbanding baka bebiri. Di percayai ia mudah menyerang beberapa baka kambing seperti kambing baka BOER. Puru merupakan ZOONOTIC DISEASE yang bermakusd ianya boleh menjangkit pada manusia, oleh itu berhati-hati ketika merawat ternakan yang terkena penyakit ini.

Jangkitan pada manusia.

Penyakit ini merebak secara sentuhan malah peralatan, pagar, makanan dan petak kandang juga boleh menyebabkan penyebaran penyakit ini. Anak kambing mudah di jangkiti kerana bagi anak kembar mereka berkongsi puting dan antibodi mereka masih lagi lemah. Namun dikatakan bagi ternakan yang telah pulih dari penyakit ini, mereka mempunyai antibodi untuk melawan penyakit puru ini.

Antara teknik pencegahan dan rawatan yang dicadangkan ialah dengan semburan OMNICIDE atau LIDORES pada kawasan petak yang dijangkiti, semburkan TETRAVET AEROSOL 2 kali sehari, suntikan BENACILILLIN LA dan FERRIADE + B12. Di harap anda dapt merujuk pada Doktor Veterinar mengenai kadar dos suntikan tersebut.

Tetravet Aerosol

Namun di kandang kami, kami hanya menyembur LINDORES pada seluruh kandang secara berjadual dan juga menyembur TETRAVET AEROSOL pada ternakan yang dijangkiti dan juga nipple air minum. Alhamdulillah tiada kes kematian yang berpunca dari penyakit ini.


Saturday, December 4, 2010

Ekspo MAHA 2010

Pinjam pas VVIP

Assalamualaikum & selamat Sejahtera,

Terima kasih kepada pelawat yang setia mengikuti perkembangan dan info yang kami postkan di dalam blog ini. Seperti yang kita sedia maklum pada 26 November hingga 5 Disember yang lepas telah berlangsungnya ekspo MAHA 2010 yang telah mendapat sambutan yang hangat & luar biasa berbanding MAHA 2008.

Kami juga telah mengambil kesempatan ini untuk melawat dan melihat akan segala info, idea, teknologi, produk, rangkaian, syarikat-syarikat dan lain-lain bagi memantapkan perjalanan jihad bisnes kami. Kesesakan lalulintas tidak dapat menghalang kami daripada memasuki ekspo MAHA 2010, syukur alhamdulillah kami telah di beri pinjam pas VVIP untuk membawa masuk kenderaan kami hingga ke tapak yang kami ingin lawat.

Azmi tokei kambing bersama Mahadi tokei arnab melihat idea bisnes masing-masing.

Kandang ekspress untuk ekspo MAHA 2010.

Terserempak juga kami dengan kambing bertanduk empat yang menjadi topik hangat MAHA 2010.

Pameran industri walit, bagi saya terlalu kurang info yang di pamerkan di sini.

Lazuli dan Glovet juga turut serta di ekspo MAHA 2010 ini dengan kelengkapan masing-masing.

Antara jentera yang terdapat di tapak ekspo, banyak lagi sebenarnya.

Antara pokok yang sesuai untuk dijadikan makanan ternakan. Malah ianya juga dijual kepada pelawat ekspo.

Antara yang menjadi fokus kami adalah pameran pelet ternakan milik MARDI.