Sunday, September 26, 2010

Persiapan Menjelang Lawatan MB 10.10.10



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Setelah kami berbincang dengan pihak JPV dan MARDI, akhirnya mereka mengarahkan kami untuk membersihkan kawasan bawah ladang dengan tujuan untuk ditanam dengan napier dan juga pokok-pokok yang sesuai untuk ternakan kambing. Segala kos persiapan ini di taja oleh pihak JPV manakala pihak MARDI merupakan konsultan kepada projek persiapan ini.

Pihak JPV juga telah membuat operasi rawatan ke atas ternakan kami dengan memberi rawatan cacing, kutu & kurap, mengambil sampel darah dan sebagainya. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak JPV Selangor, MARDI dan juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan persiapan lawatan ini menjelang 10.10.10 nanti.



Azmi turut memantau kerja-kerja penanaman.


Pokok benih napier yang telah dna bakal di tanam.


Antara pekerja yang sedang giat menanam.


Anak pokok pelbagai jenis yang bakal ditanam ini juga terdapat di MAHA, Serdang.


Preview Kerja Pembinaan Rumah Pekerja

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Setelah kerja-kerja meratakan tanah siap, kerja pembinaan pula mula selepas cuti raya pada 12 September 2010. Gambar berikut merupakan antara gambar setelah 15 hari kerja pembinaan dilakukan bukan main cepat lagi mereka bekerja kerana target kami rumah pekerja perlu siap dibina menjelang lawatan Menteri Besar Selangor pada 10 Oktober ini.

Kami telah dihubungi oleh pihak JKKK Kg Bukit Cherakah mengatakan kandang kami antara agenda yang akan dimasukkan di dalam lawatan MB pada hari tersebut. Pihak JPV Selangor, JPV Petaling, JPV Klang, MARDI Serdang dan juga PPK Klang turut turun padang berbincang dengan kami akan persiapan yang diperlukan menjelang lawatan beliau. Banyak juga yang kami mohon, namun hanya budget sahaja yang dapat menentukan.


Tapak pembinaan yang telah siap di ratakan.


Pekerja begitu gigih melakukan kerja pembinaan.


Azmi memantau projek pembinaan rumah pekerja kami.


80% kerja memasang batu-bata telah siap dilakukan.




Maaf atas kelewatan kami...


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,


Kami memohon maaf kepada semua pelawat mahupun yang baru dan juga yang senantiasa melawat blog kami, di atas kesibukan kami dari bulan Ogos hinggalah ke bulan September ini dengan pelbagai masalah yang kami lalui dan kami atasi sememangnya dugaan kepada kami. Oleh itu kami akan cuba untuk mencari masa untuk kami mengemas kini blog kami ini.

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami.

Wednesday, September 1, 2010

Lawatan ke Bukit Ramli = Bukit Nenas


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kita...

Pada 31 Ogos yang lepas, setelah selesai beberapa urusan di kandang saya terus menuju ke Bukit Ramli yang terletak tidak jauh dari kandang kami untuk melihat perkembangan terkini keadaan puncak Bukit Ramli. Setelah tiba didapati banyak perubahan yang telah di lakukan oleh Dato' Ramli Maruah, antaranya pembinaan jalan bagi memudahkan pelawat untuk menuju ke puncak, puncak bukit juga kini mempunyai bekalan elektrik maka tiada masalah bagi mereka yang ingin melawat puncak bukit ini di waktu malam, pembinaan landskap untuk meceriakan lagi kawasan puncak bukit dan sebagainya.

Lokasi Bukit Ramli juga kini sudah terkenal di kalangan geng basikal sekitar lembah klang, pada hujung minggu sudah pasti ada geng basikal yang akan berkunjung ke Bukit Ramli untuk mengisi masa lapang mereka dengan merentas laluan sukar bukit-bukau yang terdapat di sekitar bukit ini. Asal penerokaan bukit ini bertujuan untuk dijadikan kawasan pertanian nenas oleh Dato' Ramli dan kini beliau masih lagi menanam dan menjaga nenas di puncak bukit tersebut.




Antara perubahan yang telah Wak Ramli usahakan di puncak bukitnya.





Wak Ramli gigih dengan tanaman nenasnya.


Antara pemandangan yang terdapat di tasik berdekatan dengan Bukit Ramli.



Wak Amanat yang masih lagi cekal dalam pertanian cili secara fertigasi.


Antara laman web geng basikal yang telah menjelajah Bukit Ramli :-



atau search bukit ramli di google.