Friday, January 14, 2011

Mesin Penghacur Tinja dengan enjin PELANDUK 14HP



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Syukur Alhamdulillah akhirnya penantian kami, pertanyaan kami, angan-angan kami telah di kotakan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Klang (PPK Klang) dan juga Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (LPPNS). Kami telah menerima bantuan mesin penghancur tinja berjenaman SIMA keluaran Teck Seng Machinery (M) Sdn Bhd daripada pihak PPK Klang. Mesin ini dilengkapi dengan enjin PELANDUK diesel berkuasa 14HP yang berputar selaju 2000rpm. Ia juga dilengkapi dengan penghidup enjin (starter) dan pengecas (alternator) bagi mengecas semula kuasa bateri.


Namun mesin ini tidak dapat berfungsi mengikut kehendak dan citarasa kami dan kami perlu membuat beberapa perubahan pada mesin tersebut. Sewaktu kami mengisi tinja kambing mentah dari corong atas mesin, habuk tinja menyembur keluar dengan kuantiti yang terlalu banyak. Bagi mengatasi masalah ini kami telah berbincang dan kami perlu menambah dan menyerongkan corong pengisian tinja yang asal bagi mengurangkan habuk tinja menyembur keluar.

Kami berpuas hati dengan hasil penghancuran tinja yang dilakukan oleh mesin ini dan satu lagi masalah pula timbul, tinja yang hancur masih lagi mengandungi bulu-bulu kambing. Sekali lagi kami perlu mengubah mesin ini dengan menambah dulang yang diubah menjadi dulang turasan bagi menapis bulu-bulu kambing dan unsur-unsur yang tidak dapat dihancurkan oleh mesin ini.

Kini kami telah merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk berasaskan ternakan kami iaitu baja tinja kambing. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak PPK Klang dan juga LPP Negeri Selangor kerana telah banyak membantu dan memberi kepercayaan kepada kami untuk kami menjalankan perniagaan berasakan pertanian dan penternakan ini.

Tag yang mengandungi spesifikasi mesin ini.

Mesin ini dilengkapi dengan starter & altenator.

Strater & bearing pada shaf rotor.

Pandangan dari corong atas dan bawah mesin.

Hasil tinja kambing yang telah dihancurkan.

*Mesin belum diubah suai

No comments:

Post a Comment