Monday, February 14, 2011

Ubat Ternakan - Scourban Plus - BOMAC


Scourban Plus keluaran BOMAC ini merupakan ubat cirit-birit jenis oral (Oral Antidiarrhoeal Treatment) bagi ternakan mahupun haiwan peliharaan, ia sesuai digunakan pada lembu, kambing, bebiri, kuda malah pada kucing. Di pasaran Malaysia ia terdapat dalam dua jenis pek pembungkusan iaitu 225ml dengan pam dan 2 liter. Bagi pek pembungkusan dengan pam, sekali pam akan mengeluarkan 1ml dan ubat ini diberikan secara oral iaitu terus ke mulut ternakan yang sakit.


Kadar dosnya pula 1ml untuk 1kg berat ternakan bermaksud jika berat ternakan 15kg maka dos sebanyak 15ml diperlukan. Ia diberi 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang pada ternakan yang sakit dengan pemberian 2ml/kg untuk rawatan pertama dan 1ml/kg pada rawatan seterusnya hingga ternakan sembuh dan tiada cirit-birit kelihatan. Namun ternakan tadi tidak boleh disembelih selama 14 hari dari hari akhir rawatan.


Mengikut pengalaman kami, bukan mudah untuk memberi ubat ini pada ternakan yang sakit kerana ianya diberikan secara oral dan pasti ternakan akan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Oleh itu kami menggunakan alat suntikan (syringe) berukuran 50ml dan hos pendek yang dipasang pada bahagian depan alat suntikan tadi. Setelah mengisi Scourban Plus ini mengikut kadar dosnya dalam alat suntikan, kami memberinya pada ternakan kami yang sakit dan kami dapati ianya mudah walaupun ternakan tadi meronta-ronta.


No comments:

Post a Comment