Monday, February 1, 2010

Projek Menyemai Napier India

Pada minggu lepas saya telah berjumpa dengan seorang rakan penternak En. Tarmizi di Seksyen 7, Shah Alam. Beliau menternak kambing jenis Janapari di Bentong, Pahang. Syukur Alhamdulillah beliau telah memberi saya 1 guni benih napier india untuk saya semai.

Napier disemai menggunakan batang kerana setiap ruasnya yang matang boleh mengeluarkan akar dan tunas. Dengan itu saya menggunakan 2 kaedah untuk menyemai benih napier ini tapi menggunakan 1 teknik. Kaedah pertama potong secara 2 ruas dan kedua potong secara 1 ruas untuk melihat perbezaannya. (Harga pasaran benih napier india = RM 0.25 seruas)

Teknik pula, saya tidak menggunakan medium untuk menyemainya. Saya menggunakan baldi yang berisi sedikit air untuk semaian napier india saya untuk menjimatkan kos. Untuk makluman anda, jika batang-batang napier yang anda tempah telah sampai tetapi anda belum ada masa untuk memotongnya atau tapak napier belum lagi siap anda perlu menyiram batang-batang napier anda agar ianya tidak kering. Dalam tempoh 3 hari batang napier akan mengeluarkan akar untuk mencari sumber air.





Kebanyakkan benih napier india telah mengeluarkan akar dan ada juga yang telah bertunas. Dijangka akan ditanam pada hari Sabtu ini, bergantung juga pada keadaan cuaca di kg Bukit Cherakah. Harap cerah.



Percambahan benih napier akan cepat jika sumber air mencukupi.


No comments:

Post a Comment