Monday, February 1, 2010

Pokok Mulberi Si Multi Vitamin



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada hujung minggu yang lepas saya telah pulang ke kampung saya di Port Dickson untuk melawat nenek saya yang telah dimasukkan ke dalam ICU akibat sesak nafas. Syukur Alhamdulilah pada hari Ahad sesak nafsnya telah berkurangan. Sewaktu saya bermalam dirumah sepupu saya, terlihat saya akan satu pokok yang mengeluarkan buah umpama beri. Di risik-risik rupa-rupanya ia pokok Mulberi atau Morus.

Pokok Mulberi selalunya digunakan di dalam industri sutera sebagai sumber makanan ulat sutera. Namun ianya juga boleh diberi kepada kambing sebagai sumber makanan tambahan kerana boleh menjadi sumber multivitamin untuk kambing.





Buah Mulberi akan bertukar hitam menandakan ianya telah masak sepenuhnya dan ianya manis apabila di makan. Sewaktu buah mulberi berwarna merah ianya masam.



Pokok Mulberi mempunyai daun yang bersaiz besar dan ianya tidak sesuai untuk ditanam di kawasan yang kecil



Saya telah membawa pulang beberapa batang dahan pokok mulberi untuk disemai. Pokok Mulberi ini boleh dibiakkan secara batang, saya menggunakan penggalak akar untuk mempercepatkan proses percambahan akarnya.



Dalam percubaan proses menyemai 21 pokok mulberi, masih belum mencukupi untuk makanan samping 200 ekor kambing. Esok saya akan semai lagi baki batang dahan mulberi.

Untuk maklumat lanjut info Pokok Mulberi @ Morus :-

No comments:

Post a Comment