Wednesday, February 24, 2010

Nafas Baru Pasar Meru, Klang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pasar Meru kini dalam proses pembersihan dan ianya bakal dihidupkan kembali oleh Koperasi Al-Amin. Pihak koperasi telah mengambil inisiatif untuk membuka semula pasar meru yang telah bertahun terbiar akibat dari saingan kedai-kedai bangsa asing yang kian banyak dibuka bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Pihak koperasi telah menyewa tapak pasar ini dari Majlis Perandaran Klang (MPK) dengan bertujuan untuk menghidupkan semula pasar ini dan sekaligus memberi peluang kepada para petani yang telah menjadi ahli koperasi ini untuk berniaga. Tapak pasar hanya disewakan kepada ahli-ahli koperasi yang ingin berniaga.

Di khabarkan pasar ini akan beroperasi 24 jam, di mana pada waktu siang para petani berniaga menjual hasil tanaman atau ternakan mereka, manakala pada waktu malam ianya akan di jadikan tapak berniaga ala pasar malam uptown.

Untuk maklumat lanjut dan ingin tahu bagaimana untuk menjadi ahli Koperasi Al-Amin, anda boleh menghubungi Wak Mani di nombor yang tertera.

Lokasi Pasar Meru yang berhampiran dengan masjid dan dewan orang ramai.


No comments:

Post a Comment