Thursday, March 4, 2010

Lawatan ke ladang di Kuala Ketil


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada hujung minggu yang lepas saya bersama keluarga telah pulang ke kampung isteri di Sungai Petani. Saya telah di pelawa oleh abang ipar saya, Abang An dan bapa mertua saya, Wak Halim, untuk melawat satu ladang yang bakal di UPGRADE untuk tujuan pertanian dan penternakan bersepadu.

Mereka bakal menaik taraf kandang kambing yang sedia ada dan menambah input kambing di tanah milik Ustaz Man yang dianggarkan berkeluasan 10 ekar ini. Terdapat pelbagai tanaman dan juga ternakan yang telah Ustaz Man usahakan.


Terdapat ternakan ayam kampung, lembu dan kambing.


Dahulunya sebuah sungai, kini menjadi sebuah kolam.


Pokok buah markisa, pisang yang di sulam dengan tanaman gaharu.

Pokok buluh madu dan juga napier kuda.


Pokok mulberi pun ada.


No comments:

Post a Comment