Saturday, March 13, 2010

Preview Penyemaian Pokok Mulberi Setelah 33 Hari


Setelah mengetahui akan khasiat dan kegunaannya, dan ia juga boleh diberi kepada kambing sebagai makanan tambahan yang boleh membekalkan vitamin-vitamin yang tentu saya mula menyemai pokok mulberi ini melalui kaedah semaian batang pokoknya. Setelah 33 hari di semai, kini pokok semaian mulberi ini boleh dipindahkan ke ladang kambing kami sebagai pokok pagar hiasan dan juga makanan tambahan kambing kami nanti.


Pokok semaian mulberi saya juga tidak terlepas daripada serangan serangga.


Pokok sireh yang disemai yang bakal ditanam di kawasan ladang kami.


Pokok tongkat ali ini akan ditanam depan rumah saya. ;)


Info Pokok Mulberi
Mulberi merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaanya.Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingga 6 meter.Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi.Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik(seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga).Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik.

Mulberi boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang.Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.

kegunaan:

Buah mulberi yang manis dan isinya yang lembut berair apabila masak sangat sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan lazat itu.Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.

Daun mulberi, terutamanya mulberi putih, yang juga dikenali sebagai daun kertau merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera.

Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut.

Sumber Dari : http://www.melur.com

No comments:

Post a Comment