Kami juga mengalami pengalaman yang pahit sewaktu kandang kami yang hanya baru 25 hari beroperasi. Setakat ini telah direkodkan 4 ekor kambing telah mati dan 2 daripadanya sempat kami sembelih. 3 ekor kematian seawal seminggu kami beroperasi dan ianya bakal diganti oleh pihak pembekal baka kambing kami.
Namun seekor lagi terlepas dari warranti pembekal. Kadang kami telah didaftarkan di Jabatan Veterinar Klang walaupun kandang kami di Bukit Cherakah kerana kami perserta projek dari PPK Klang. Wak Halim Milatu dari Teguh Ternak telah mengajar kami bagaimana untuk membuat post moterm keatas kambing yang telah mati atau yang sempat disembelih. Post moterm perlu dibuat sebelum 12 jam dari waktu kematian.
Kambing pertama yang saya post moterm. Mencabar sungguh...
Di sini, kami ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada Wak Halim Milatu dari Teguh Ternak, Dr Natrah dari JPV Shah Alam, Dr Suwaibatul dari LAZULI dan tidak lupa juga kepada Ah Meng juga dari LAZULI yang sering memberi pendapat dan tunjuk ajar serta pengalaman mereka kepada kami kerana mereka sering di ganggu oleh kami jika adanya keraguan dan persoalan yang bermain di minda kami. Dan khusus kepada pihak PPK Klang yang turut bekerjasam dengan kami.
No comments:
Post a Comment