Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Sekian lama saya tidak dapat meng-update blog ni akibat kesibukan yang tidak dapat saya elakkan. Banyak peristiwa yang berlaku semenjak hari terakhir saya meng-update blog ini, diantaranya menguruskan ternakan yang terkena jangkitan CLA, perasmian pembukaan pasar Meru, kemasukan baki kambing dan juga kehadiran JPV Klang ke kandang kami. Saya akan menceritakannya kepada para pelawat blog, namun ia mungkin akan mengambil masa.
Pada 14 April 2010 yang lepas kami telah melawat ke tapak kebun baru yang sedang diusahakan oleh Wak Emeng yang terletak berhampiran dengan kandang kambing kami iaitu di Kampung Bukit Cherakah. Beliau kini sibuk mengusahakan tanaman ubi yang akan dijadualkan untuk di tuai pada musim perayaan Aidil Fitri nanti.
Pembukaan kebun baru ini dibuat setelah Wak Emeng memohon kebenaran daripada tuan-tuan tanah dan dianggarkan berkeluasan 10 ekar. Namun musuh utama Wak Emeng kini adalah babi hutan yang juga turut mengambil kesempatan di atas usahanya.
Pacuan 4 roda diperlukan untuk ke tapak kebun baru ini.
Markas & rumah pekerja.
Azmi rancak berborak dengan Wak Emeng.
Masih banyak kawasan yang belum di usahakan.
No comments:
Post a Comment