Sewaktu kami sedang membelai-belai sambil menyuntik kambing kambing dengan antibiotik, terpandang akan kami satu bonjolan seperti benjol yang membuat kami tertanya-tanya. Memandangkan kami budak baru belajar, kami pun bertanya kepada beberapa doktor veterinar yang boleh kami hubungi.
Dan telah disahkan kambing kami terkena jangkitan CLA (Caseous Lymphadenitis). Memandangkan penyakit ini merupakan penyakit yang serius kami mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang bersama peserta dan juga penasihat projek. Kata sepakat kami menghapuskan kambing CLA ini, akibat kurang pengetahuan pada 14 April 2010 atas bantuan Wak Emeng.
Kami menghapuskan kambing ini kerana kami tidak ada kandang khas untuk rawatan kambing, penyakit ini boleh merebak ke seluruh kandang dan juga boleh berjangkit kepada manusia. Rupa-rupanya penyakit CLA ini terbahagi kepada dua iaitu jangkitan luaran atau dalaman. Kambing kami terkena jangkitan CLA luaran yang sememangnya normal berlaku di Malaysia dan ianya boleh dirawat.
Kami telah memberitahu perkara ini kepada pihak pembekal dan mereka telah menghantar baka kambing gantian kepada kami. Banyak yang kami perlu belajar untuk menguasai bidang ternakan kambing ini, kami akui pengalaman kami masih kurang. Namun kami gigih dan akan terus belajar untuk menjayakan projek ini demi bakal penternak-penternak yang lain.
3 ekor kambing kami yang dijangkiti CLA.
Bayangkan berapa kerugian yang akan ditanggung oleh penternak jika satu kandang mereka terkena jangkitan CLA ini walaupun ia boleh dirawat dengan Glanvac 6.
Pajero Wak Emeng menjadi mangsa untuk memindahkan kambing ke lokasi penghapusan.
Setelah kambing disahkan tidak bernyawa, bangkainya dibakar.
Sedih Wak Emeng melihat kambing yang kami hapuskan.
No comments:
Post a Comment