Sunday, May 9, 2010

Kandungan Nutrien Daun Pokok Mulberi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah sekian lama saya mencari khasiat dan kandungan nutrien yang terdapat pada pokok mulberi akhirnya pencarian saya selesai setelah saya terbaca BULETIN TEKNOLOGI TERNAKAN Bil. 4 (2008) keluaran MARDI.



Buah pokok mulberi yang boleh dibuat produk jem mulberi.

Pokok Mulberi atau nama saintifiknya Morus Rubra (Rubra bermaksud merah) merupakan tumbuhan renek yang tergolong dalam keluarga Moraceae. Tujuan penanaman mulberi secara besar-besaran adalah untuk daunnya yang mengandungi nutrien yang tinggi di jadikan sebagai makanan ulat sutera.


Ladang pokok mulberi & daun mulberi sebagai makanan ulat sutera.

Di Sarawak, pokok mulberi giat diperkenalkan kepada para penternak sebagai salah satu sumber makanan ternakan ruminan. Mengikut hasil kajian, didapati kandungan nutrien pokok mulberi di Sarawak mengandungi protien kasar sekitar 19.7 % - 19.8%, serabut kasar 6.9% - 9.8%, kalsium 1.6% - 2.6% dan fosforus 0.3% - 0.4%.


Kandungan nutrien daun mulberi di Sarawak;
  • Protien Kasar = 19.70% - 19.77%
  • Lemak Kasar = 6.86% - 9.79%
  • Serat Kasar = 8.94% - 10.70%
  • Kalsium = 1.56% - 2.59%
  • Fosforus = 0.33% - 0.44%
  • Kuprum (bpj) = 0.09% - 0.29%
*bpj = bahagian per juta


Pokok mulberi yang di tanam di tapak MAHA, Serdang.


Pada pandangan kami, setelah pokok-pokok mulberi yang di tanam di kawasan kandang telah matang, kami akan menyemainya dahannya semula memandangkan pokok mulberi ini boleh di semai melalui dahannya. Setelah pokok mulberi kami banyak dan mampu untuk menampung makanan untuk 300 ekor kambing, kami akan mencincangnya bersama dengan rumput napier bagi menambahkan lagi kandungan nutrien makanan kambing kami.

No comments:

Post a Comment