Thursday, May 13, 2010

Pencarian Mesin Chopper @ Pencacah


Pagi tadi saya bersama Azmi sebelum kami ke PPK Klang, kami sempat meronda-ronda untuk melihat mesin chopper yang ada di pasaran. 3 buah kedai mesin kami singgah untuk bertanya mengenai mesin chopper secara mendalam dari penggunaan enjin petrol, diesel dan juga motor.

Tapi adalah lebih praktikal dan bagus jika dapat melihat mesin chopper rakan penternak yang lain, sebab mereka sudah guna dan tahu apa yang bagus dan apa yang kurang bagus pada mesin chopper yang telah mereka miliki.


Pam water jet juga diperlukan untuk mencuci lantai kandang dan simen bawah kandang.


Azmi, tertarik dengan mesin chopper yang terdapat di salah satu kedai mesin.


Dengan penggunaan diesel sebagai bahan api dan enjin berkuasa 6hp.


Bahagian masuk, gigi gear akan menarik masuk batang napier atau pelepah kelapa sawit. Setelah kami melihat sendiri reka bentuk mesin ini, ianya jauh beza daripada mereka yang bercerita mengenainya kepada kami kerana mereka mengatakan batang napier akan diperah seperti mesin perah tebu.


4 bilah pisau yang mencincang dan di sini juga hasil cincang keluar.


Azmi tekun bertanyakan pelbagai soalan kepada tokei kedai mesin.


Enjin Subaru Robin EY-20, berkuasa 5hp yang menggunakan petrol sebagai bahan api. Namun terdapat juga 2 jenis enjin Robin seperti ini dipasaran. Hati-hati, belilah yang original.

No comments:

Post a Comment