Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pelawat setia blog ini mahupun kepada pelawat yang baru tiba. Saya berharap blog ini dapat membantu anda dalam pencarian maklumat yang ingin anda ketahui.
Sejak kandang kami mula beroperasi pada 17 Mac 2010 yang lalu, segala kegiatan mahupun kematian telah kami rekodkan dan hingga kini kami telah merekodkan sebanyak 20 kes kematian bersamaan dengan 10% kematian, namun sebanyak 6 ekor kambing telah di ganti oleh pihak pembekal kerana kematian direkodkan masih dalam waranti pembekal. Hasil analisa kami, kematian yang berpunca dari masalah pernafasan dan juga kembung merupakan kes kematian yang mempunyai kekerapan yang tinggi berbanding punca kematian yang lain.
Hasil dari bedah siasat ke atas kambing kami yang mempunyai masalah pernafasan, didapati terdapat kesan lebam dan bonjolan pada paru-parunya. Kami beranggapan masalah ini berpunca dari perubahan iklim yang perlu kambing kami lalui kerana ianya di import dari Australia.
Kekurangan ilmu kami untuk menangani masalah kambing kembung juga antara faktor penyebab kematian kambing kami. Tetapi kini syukur Alhamdulillah kami tahu akan punca dan cara untuk merawatnya setelah kami membuat pemerhatian harian ke atas ternakan kami.
No comments:
Post a Comment