Saturday, August 14, 2010

Melihat Barbados di Sementa, Klang

Selepas kami melawat AR Meats, En Kamarudzain telah membawa kami melawat satu kandang kambing milik rakan beliau iaitu En Hj. Jawahir yang terletak di Sementa, Klang. Biri-biri baka Barbados merupakan majoriti biri-biri yang di ternak, terdapat juga beberapa ekor kambing Saanen, Boer dan lain-lain yang diternak di kandang yang berasingan.



Biri-biri baka Barbados yang tiada tanduk.



Kambing baka Saanen dan Boer juga di ternak.


Pastinya lembu dan kambing tidak dapat dipisahkan.

Ramai juga penternak lama dan juga doktor-doktor veterinar yang kami kenali mengatakan kambing dan biri-biri tidak sesuai diternak sekali, namun atas lawatan dan juga pemerhatian kami ada juga penternak yang menternak kambing dan biri-biri sekaligus seperti di kandang milik En Hj. Jawahir dan juga Abang Jamil di MJ Fatonah.

Tetapi mengapa? Di katakan biri-biri mempunyai daya tahan yang tinggi untuk melawan penyakit berbanding dengan kambing, oleh itu sudah pasti jika diternak bersama kambing pasti akan sakit dahulu berbanding dengan biri-biri. Ada juga yang memberi pendapat, kalau hendak juga menternak biri-biri dengan kambing, kandangnya perlu berasingan dan terletak jauh antara satu sama lain.

Tapi pada pendapat saya, jika biri-biri yang di masukkan ke kandang bebas penyakit pasti tiada serangan penyakit ke atas kambing. Namun persoalan ini masih lagi bermain di minda kami. Belum cuba belum tahu, tapi besar juga risikonya.

No comments:

Post a Comment