Wednesday, February 24, 2010

Nafas Baru Pasar Meru, Klang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pasar Meru kini dalam proses pembersihan dan ianya bakal dihidupkan kembali oleh Koperasi Al-Amin. Pihak koperasi telah mengambil inisiatif untuk membuka semula pasar meru yang telah bertahun terbiar akibat dari saingan kedai-kedai bangsa asing yang kian banyak dibuka bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Pihak koperasi telah menyewa tapak pasar ini dari Majlis Perandaran Klang (MPK) dengan bertujuan untuk menghidupkan semula pasar ini dan sekaligus memberi peluang kepada para petani yang telah menjadi ahli koperasi ini untuk berniaga. Tapak pasar hanya disewakan kepada ahli-ahli koperasi yang ingin berniaga.

Di khabarkan pasar ini akan beroperasi 24 jam, di mana pada waktu siang para petani berniaga menjual hasil tanaman atau ternakan mereka, manakala pada waktu malam ianya akan di jadikan tapak berniaga ala pasar malam uptown.

Untuk maklumat lanjut dan ingin tahu bagaimana untuk menjadi ahli Koperasi Al-Amin, anda boleh menghubungi Wak Mani di nombor yang tertera.

Lokasi Pasar Meru yang berhampiran dengan masjid dan dewan orang ramai.


Wednesday, February 17, 2010

Lawatan ke Rabbit World Agro, Bukit Kapar


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Setelah sekian lama mencari akhirnya semalam saya bersama Wak Mani dan Aspar rakan sekerja telah pergi melawat ladang ternakan arnab di Kampung Bukit Kapar. Namun lawatan kami tidak lama kerana tuan empunya ladang tidak ada namun kami hanya dapat berjumpa dengan pekerja ladang. Terdapat pelbagai spesis arnab di ladang ini, harga bagi setiap baka juga berbeza-beza.

Rupa bentuk nipple air minum untuk arnab.


Tuesday, February 16, 2010

Teknologi LED di Bandar i-city,Shah Alam

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada hari Isnin malam Selasa yang lepas saya telah membawa keluarga pergi melihat keindahan lampu LED di Bandar i-city, Shah Alam. Alangkah terkejutnya apabila melihat kerumunan manusia yang turut serta membawa keluarga masing-masing untuk melihatnya pada malam cuti Tahun Baru Cina itu.

Terdapat beberapa taman yang di hias dengan lampu LED ini, di antaranya taman Krisman, Chinatown, Burung Merak, Panda dengan pokok buluh dan banyak lagi. Tujuan utamanya adalah untuk mempromosikan bandar i-city yang telah siap dibina.

Tetapi awas jangan sampai di denda RM500





Tuesday, February 9, 2010

Kontena Rumah Burung Walit



Untuk menjimatkan kos pembinaan bangunan rumah burung walit yang tinggi, ada juga mereka yang membina rumah burung walit menggunakan kontena 20' terpakai. Mungkin penggunaan kontena tidak sesuai kerana ia panas tetapi ianya terpulang kepada kita bagaimana untuk kita mengurangkan dan mengawal kadar kepanasan di dalam kontena agar suasana, suhu dan juga kelembapan sesuai untuk menggalakkan burung walit memasuki seterusnya membina sarangnya di dalam kontena tersebut.

Lokasi rumah burung kontena ini ialah di Kampung Bujang, Merbok, Kedah. Gambar-gambar ini di ambil dari blog Sifu burung walit saya, Pak Harry. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari blognya di :-








Preview Semaian Pokok Mulberi



Benih pokok mulberi yang saya ambil dari rumah sepupu saya di Port Dickson telah siap disemai pada hari Ahad yang lalu, tetapi saya lupa berapa polibeg. Akan tetapi dapat dilihat tunas-tunas dari batang pokok mulberi mula bercambah.