Wednesday, January 12, 2011

Lawatan ke Aquaculture Resource Centre, Sg Buloh



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Pada 25 Disember 2010 yang lepas, kami telah membuat lawatan mengejut atau lawatan yang tidak dirancang ke Aquaculture Resource Centre yang terletak di Kampung Kubu Gajah, Sg Buloh. Namun kami dukacita kerana tidak dapat bersua muka dan bersembang dengan pemilik ARC iaitu En Mohd Hafiz Nordin akan tetapi dapat juga kami bersembang dengan pekerja beliau sambil meninjau kawasan ARC.

Produk utama keluaran ARC adalah benih anak ikan puyu dan keli yang dilakukan sendiri oleh beliau dari pembenihan sehingga ianya matang dan sesuai untuk dipindahkan ke kolam pembeli. Kami dimaklumkan beliau boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan mampu mengeluarkan lebih dari 50,000 benih anak ikan.

Kepada mereka yang berminat, bolehlah menghubungi terus En. Mohd Hafiz Nordin di talian019-3576236 seperti di atas.

Benih anak ikan keli & puyu.

Kaedah penapisan air & kolam tadahan air hujan.

Antara induk puyu di ARC.


No comments:

Post a Comment