Tuesday, January 11, 2011

Kini Pelet CK Agrifeed di Permata Hijau Agro


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Syukur Alhamdulillah, kini ternakan kambing kami telah kembali stabil setelah mengalami krisis pelet makanan berasaskan soya selama 5 bulan. Akibat kesukaran mendapatkan stok bekalan soya hull dan kenaikan harga yang tidak dapat kami terima, pelbagai jenis pelet telah kami cuba dan telah menjadikan ternakan kambing kami sendiri sebagai ujian akhirnya kami sepakat untuk menggunakan pelet makanan ternakan keluaran CK Agrifeed.


Kami telah menggunakan pelet membesar keluaran CK Agrifeed sejak bulan Disember 2010 dan kami dapat lihat ternakan kambing kami telah kembali stabil dan kembali ceria lagi montok. Dengan kos harga sebeg pelet sampai ke ladang tidak mececah RM40 sekaligus dapat menjimatkan kos kami dan menambahkan berat badan ternakan kambing kami. Kami membeli kaedah pembungkusan 25kg bagi meringankan kerja pekerja kami dan kami, ianya juga terdapat di dalam beg 50kg.

Kandungan nutrien tertera pada beg pelet.

Namun bukan pelet membesar CK Agrifeed sahaja yang kami beri, kami telah gaulkan sekali makanan berunsur vitamin bagi melengkapkan gizi makanan ternakan kami dengan menggunakan Glovet Primix Plus keluaran Glovet. Dalam pos yang akan datang kami akan bentangkan apa itu Glovet Primix Plus kepada anda.

Kandungan Nutrien :-

Tenaga : 9.1 MJ/kg
Protein Kasar (CP) : 14-16%
Serabut Kasar (CF) : 17.6%
Ekstrak Eter (EE) : 3.6%
Kalsium (Ca) : 0.8%
Fosforus (P) : 0.4%
Ca : P : 2:1


No comments:

Post a Comment