Friday, January 7, 2011

Pink Eye @ Infectious Kerato Conjunctivitis


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pink eye merupakan perkataan yang biasa digunakan untuk sebarang penyakit mata yang menyerang haiwan ternakan mahupun haiwan peliharaan atau nama saintifiknya Infectious keratoconjunctivitis. Pink eye berpunca daripada satu daripada pelbagai jenis bakteria dan mudah berjangkit pada lembu, kambing, bebiri mahupun haiwan lain. Namun bakteria Pink eye yang menyerang lembu dan kambing adalah bakteria yang berbeza.

Secara amnya, penyakit ini mudah merebak kepada ternakan yang diternak secra intensif atau fidlot, ternakan yang makan menggunakan palung makanan yang sama, pengudaraan kandang yang kurang baik, bilangan ternakan di dalam satu petak malahan debu dan lalat juga turut menyumbang penyebaran penyakit ini.

Penyakit ini boleh menyerang sebelah ataupun kedua-dua belah mata sekaligus mengganggu penglihatan ternakan yang di jangkiti dan boleh menyebabkan buta jika ianya serius. Adalah dinasihatkan mengasingkan segera ternakan yang sakit dari ternakan-ternakan yang lain. Kematian juga boleh berlaku kerana ternakan tidak dapat makan dan minum akibat dari penglihatan yang kabur.

Setelah ternakan yang dijangkiti di asingkan, sembur Terramycin Pink Eye Spray 4 kali sehari sehingga sembuh, suntik dengan multivitamin dan juga Terramycin LA. Sila rujuk doktor veterinar untuk mengetahui dos suntikan yang di perlukan.


Terramycin Pink Eye Spray



No comments:

Post a Comment