Friday, August 13, 2010

MJ Fatonah - Perubahan Ketara


Kini kami telah bersepakat untuk menjadikan MJ Fatonah sebagai pembekal makanan untuk ternakan kambing kami. Pada bulan Julai yang lepas sekali lagi kami telah ke MJ Fatonah untuk membeli Soya Hull dan juga PKP untuk menampung makanan bulan Ogos ini, baru sahaja sebulan berlalu namun perubahan yang amat ketara dapat kami lihat pada lawatan kami ini. Pembinaan rumah khas untuk angsa, ayam belanda dan ayam mutiara telah siap dibina berhampiran dengan kolam ikan keli.


Azmi mengintai-intai ayam belanda.


Ada juga ayam mutiara.


Malah terdapat juga baka arnab disini, selepas ini kami yakin baka arnab ini akan dibiakkan lagi oleh Abang Jamil dengan Akak Fatonah untuk di jadikan sumber pendapatan MJ Fatonah.



Arnab ini hadiah harijadi rupanya.


Telur itik jeruk produk pertama hasil dari itik penelur di MJ Fatonah.


No comments:

Post a Comment