Pengorbanan dan komitmen merupakan aspek yang amat penting untuk kejayaan sesebuah perniagaan. Kini Azmi bukan sahaja berkorban dari segi masa dan titik peluhnya malah van milik bapanya juga digunakan untuk memunggah pepelah sawit untuk ternakan kambing kami. Purata sehari kami memerlukan 70 pelepah sawit untuk diberikan sebagai habuan kepada kambing kami.
Mengapa pelepah sawit? Syukur alhamdulillah kami telah diberi peluang untuk mengurus 3 ekar sawit, dan bagi menjimatkan kos makanan ternakan kami pelepah sawit merupakan satu alternatif pemakanan yang telah kami gunakan. Namun sebenarnya pelepah sawit boleh memudaratkan kambing dalam jangka masa yang lama kerana akan lidi pada pelepah sawit ini boleh menyebabkan ruminan seekor kambing itu rosak.
Jika pelepah sawit ini diracik dengan mesin chopper, secara tidak langsung ianya boleh memendekkan jangka hayat seekor kambing itu. Namun perubahan yang amat ketara dapat kami lihat setelah kami mengubah sistem pemakanan ternakan kambing kami dengan pemberian konsentrat pada waktu pagi, nappier cincang pada waktu tengahari dan pelepah sawit pada belah petang.
Azmi dan Wak Budi memunggah pelepah sawit ke dalam van.
No comments:
Post a Comment