Tuesday, August 3, 2010

Pabila KUBOTA rosak



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua,

Pada bulan Julai yang lepas, satu lagi dugaan telah kami lalui sebagai usahawan ternak. Kenderaan ladang kami atau KUBOTA kami telah rosak dan telah menyebabkan kepincangan pada jadual harian operasi kami. Kami terpaksa mengubah jadual harian kami dan mencari sumber kewangan untuk membaik pulih KUBOTA kami.

Kos baik pulih telah menelan belanja sebanyak RM 160. Bukan senang hendak jadi senang, tapi untuk bersenang lenang, senang... Sebagai seorang usahawan ternak mahupun tani kenderaan merupakan satu kemudahan yang penting tidak kira ianya sebuah motosikal, kereta, van, pajero mahupun sebuah lori 3 tan. Unjuran kewangan bulanan perlu diberi perhatian dengan mewujudkan Kos Luar Jangka minimum 5% dari jumlah keseluruhan unjuran kewangan bulanan bagi menampung kos-kos di waktu kecemasan.



KUBOTA kami mengalami masalah pada clutchnya.



Azmi melihat sebuah lori yang telah tersadai.


Adakah berbaloi dengan membeli kenderaan yang telah tersadai untuk menjimatkan kos? Satu lagi perkara yang kita perlu lihat bersama, walaupun harganya murah akan tetapi adakah kos membaik pulihnya setimpal dengan tempoh penggunaan yang bakal kita gunakan. Silap percaturan ianya boleh menjadi bebanan lebihan yang perlu kita tanggung. Lori yang dibeli masih lagi tersadai, bezanya tuany empunya lori sahaja yang berubah.

No comments:

Post a Comment