Sunday, May 23, 2010

Mesin Chopper Kami


Setelah hampir dua bulan kami meminjam mesin chopper milik Wak Halim Milatu dari Teguh Ternak, kini terima kasih kami ucapkan kepada pihak PPK Klang di atas bantuan mesin chopper yang telah kami terima pada hari Jumaat lepas.

Mesin berjenama SIMA yang dilengkapi dengan enjin PELANDUK diesel berkuasa 7.5HP sangat membantu kami dalam operasi harian kandang kami. Kini tiada lagi sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh kambing-kambing kami.


Aidid anak kepada Wak Non salah seorang pekerja kami sedang mencuba mesin chopper yang baru tiba.


Napier yang dicincang hancur serta-merta.


Bahagian ruang masuk bahan untuk dicincang oleh mesin mempunyai roller yang menarik rumput napier atau pastura.


Tag yang terdapat pada mesin chopper kami.






Anak Kambing Pertama Lahir di Kandang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Akhirnya setelah hampir 3 bulan kadang kami beroperasi dan menanti, seekor anak kambing betina telah selamat di lahirkan di kandang kami pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 21 Mei 2010. Syukur Alhamdulillah...

Thursday, May 13, 2010

Pencarian Mesin Chopper @ Pencacah


Pagi tadi saya bersama Azmi sebelum kami ke PPK Klang, kami sempat meronda-ronda untuk melihat mesin chopper yang ada di pasaran. 3 buah kedai mesin kami singgah untuk bertanya mengenai mesin chopper secara mendalam dari penggunaan enjin petrol, diesel dan juga motor.

Tapi adalah lebih praktikal dan bagus jika dapat melihat mesin chopper rakan penternak yang lain, sebab mereka sudah guna dan tahu apa yang bagus dan apa yang kurang bagus pada mesin chopper yang telah mereka miliki.


Pam water jet juga diperlukan untuk mencuci lantai kandang dan simen bawah kandang.


Azmi, tertarik dengan mesin chopper yang terdapat di salah satu kedai mesin.


Dengan penggunaan diesel sebagai bahan api dan enjin berkuasa 6hp.


Bahagian masuk, gigi gear akan menarik masuk batang napier atau pelepah kelapa sawit. Setelah kami melihat sendiri reka bentuk mesin ini, ianya jauh beza daripada mereka yang bercerita mengenainya kepada kami kerana mereka mengatakan batang napier akan diperah seperti mesin perah tebu.


4 bilah pisau yang mencincang dan di sini juga hasil cincang keluar.


Azmi tekun bertanyakan pelbagai soalan kepada tokei kedai mesin.


Enjin Subaru Robin EY-20, berkuasa 5hp yang menggunakan petrol sebagai bahan api. Namun terdapat juga 2 jenis enjin Robin seperti ini dipasaran. Hati-hati, belilah yang original.

Sunday, May 9, 2010

Kandungan Nutrien Daun Pokok Mulberi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah sekian lama saya mencari khasiat dan kandungan nutrien yang terdapat pada pokok mulberi akhirnya pencarian saya selesai setelah saya terbaca BULETIN TEKNOLOGI TERNAKAN Bil. 4 (2008) keluaran MARDI.



Buah pokok mulberi yang boleh dibuat produk jem mulberi.

Pokok Mulberi atau nama saintifiknya Morus Rubra (Rubra bermaksud merah) merupakan tumbuhan renek yang tergolong dalam keluarga Moraceae. Tujuan penanaman mulberi secara besar-besaran adalah untuk daunnya yang mengandungi nutrien yang tinggi di jadikan sebagai makanan ulat sutera.


Ladang pokok mulberi & daun mulberi sebagai makanan ulat sutera.

Di Sarawak, pokok mulberi giat diperkenalkan kepada para penternak sebagai salah satu sumber makanan ternakan ruminan. Mengikut hasil kajian, didapati kandungan nutrien pokok mulberi di Sarawak mengandungi protien kasar sekitar 19.7 % - 19.8%, serabut kasar 6.9% - 9.8%, kalsium 1.6% - 2.6% dan fosforus 0.3% - 0.4%.


Kandungan nutrien daun mulberi di Sarawak;
  • Protien Kasar = 19.70% - 19.77%
  • Lemak Kasar = 6.86% - 9.79%
  • Serat Kasar = 8.94% - 10.70%
  • Kalsium = 1.56% - 2.59%
  • Fosforus = 0.33% - 0.44%
  • Kuprum (bpj) = 0.09% - 0.29%
*bpj = bahagian per juta


Pokok mulberi yang di tanam di tapak MAHA, Serdang.


Pada pandangan kami, setelah pokok-pokok mulberi yang di tanam di kawasan kandang telah matang, kami akan menyemainya dahannya semula memandangkan pokok mulberi ini boleh di semai melalui dahannya. Setelah pokok mulberi kami banyak dan mampu untuk menampung makanan untuk 300 ekor kambing, kami akan mencincangnya bersama dengan rumput napier bagi menambahkan lagi kandungan nutrien makanan kambing kami.