Tuesday, August 17, 2010

Lawatan ke Taman Pertanian Malaysia

Dua hari yang lepas kami diberi tahu bahawa Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam akan mengeluarkan dokumen sebut harga bagi beberapa kerja membina dan membaik pulih yang akan di lakukan tempat tersebut. Semalam juga kami mengambil kesempatan menghadiri lawatan tapak bagi kerja-kerja yang akan di lakukan.



Kolam renang dan kolam antara yang perlu di baik pulih.


Kami telah di bawa ke tapak lawatan dengan bas milik taman pertanian tersebut. Lawatan tapak pertama tidaklah begitu mengujakan kami, namun lawatan tapak kedua di Empangan Air Kuning begitu menarik. Kami dapati pihak taman pertanian telah pun menjalankan penternakan ikan talapia merah secara sangkar. Terdapat lebih 30 sangkar ikan di empangan ini. Ikan talapia ini juga dijual kepada para pelawat pada harga RM 8 sekilogram.


Pemandangan di Empangan Air Kuning.


Banyak juga ikan talapia yang diternak di sini.


Sistem sangkar yang digunakan.


Mari-mari, sekilo RM8 je.


Inilah dia bas yang membawa kami melawat tapak sambil bersiar-siar.


Rezeki Rumah Pekerja

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Syukur Alhamdulillah, akhirnya khabar angin yang kami dengar telah menjadi nyata. Kami telah menerima bantuan rumah pekerja lengkap dengan stor tertutup dan stor terbuka serta ruang pejabat bagi memantapkan lagi operasi ladang kami. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak PPK Klang dan juga LPP Negeri Selangor kerana telah memberi kami bantuan tersebut.


Pelan rumah pekerja, stor, pengumpulan rumput dan juga pejabat.


Dengan keluasan rumah pekerja tersebut, 60' X 20' bersamaan 1200 kaki persegi. Dan projek pembinaan rumah pekerja kami telah pun bermula semalam. Azmi dan saya telah diberi tugas untuk memantau projek pembinaan tersebut yang dijangka siap dalam tempoh 10 minggu. Namun dengan keadaan cuaca yang sering hujan pada waktu petang dan cuti umum sebanyak 5 hari mungkin akan mengganggu tempoh penyiapan rumah perkerja kami.


Tapak pembinaan yang kami cadangkan.


Azmi memantau kerja-kerja pembinaan jalan & penyediaan tapak.




Sunday, August 15, 2010

Formula Keperluan Nutrien Harian


Satu lagi ilmu yang saya rasa saya perlu kongsi bersama dengan pelawat blog dan juga rakan ternak yang lain sewaktu saya berkursus di MJ Fatonah anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ialah formula keperluan nutrien harian bagi seekor ternakan.

Terima kasih saya ucapkan kepada MJ Fatonah kerana mereka berkongsi ilmu dengan kami yang telah menghadiri kursus tersebut. Formula keperluan nutrien harian ini adalah hasil ciptaan Unit Analisa Makanan, Institut Veterinar Kluang pada tahun 2005. Formula ini boleh di gunakan oleh mereka yang menternak lembu tenusu, lembu pedaging, kambing tenusu, kambing pedaging, dan juga bebiri sebagai garis panduan pemberian makanan harian kepada ternakan mereka.


Formula ini seperti gambar di atas, direka dalam Microsoft Excel bagi memudahkan ianya untuk diubah mengikut kesesuaian sumber makanan yang terdapat berhampiran kandang atau sumber yang mudah diperolehi oleh penternak. Dan nilai jumlah nilai peratusan bahan kering, protin, fiber dan juga tenaga boleh dirujuk di jadual Nutrien 1 dalam bentuk format pdf seperti di bawah.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan formula keperluan nutrien ini, ianya boleh di download di link di bawah ini dalam bentuk format zip.



Kertas Kerja Burung Walit


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Untuk pengetahuan para pelawat blog, saya mempunyai kertas kerja burung walit yang saya karang sendiri pada bulan Januari yang lepas. Tujuan kertas kerja burung walit saya adalah untuk memohon peruntukan penuh dari kerajaan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan contoh isi kandung kertas kerja burung walit saya, ianya boleh di download terus di link di bawah ini.




Manakala bagi mereka yang ingin mendapatkan isi penuh kertas kerja burung walit saya ini, mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 sahaja sebagai usaha saya untuk mengkaji, menghadiri kursus, berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dan juga menyiapkan kertas kerja burung walit saya. Namun mereka perlu juga mengubah tujuan kertas kerja tersebut. Dan saya masih lagi belum berkemampuan untuk memulakan projek burung walit saya.


Saturday, August 14, 2010

Melihat Barbados di Sementa, Klang

Selepas kami melawat AR Meats, En Kamarudzain telah membawa kami melawat satu kandang kambing milik rakan beliau iaitu En Hj. Jawahir yang terletak di Sementa, Klang. Biri-biri baka Barbados merupakan majoriti biri-biri yang di ternak, terdapat juga beberapa ekor kambing Saanen, Boer dan lain-lain yang diternak di kandang yang berasingan.



Biri-biri baka Barbados yang tiada tanduk.



Kambing baka Saanen dan Boer juga di ternak.


Pastinya lembu dan kambing tidak dapat dipisahkan.

Ramai juga penternak lama dan juga doktor-doktor veterinar yang kami kenali mengatakan kambing dan biri-biri tidak sesuai diternak sekali, namun atas lawatan dan juga pemerhatian kami ada juga penternak yang menternak kambing dan biri-biri sekaligus seperti di kandang milik En Hj. Jawahir dan juga Abang Jamil di MJ Fatonah.

Tetapi mengapa? Di katakan biri-biri mempunyai daya tahan yang tinggi untuk melawan penyakit berbanding dengan kambing, oleh itu sudah pasti jika diternak bersama kambing pasti akan sakit dahulu berbanding dengan biri-biri. Ada juga yang memberi pendapat, kalau hendak juga menternak biri-biri dengan kambing, kandangnya perlu berasingan dan terletak jauh antara satu sama lain.

Tapi pada pendapat saya, jika biri-biri yang di masukkan ke kandang bebas penyakit pasti tiada serangan penyakit ke atas kambing. Namun persoalan ini masih lagi bermain di minda kami. Belum cuba belum tahu, tapi besar juga risikonya.

Lawatan ke AR Meats Rantau Panjang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lembu dan kambing semangnya tidak dapat di pisahkan. Bila kita ternak lembu ada yang bertanyakan kambing, bila kita ternak kambing ada pula yang bertanyakan lembu. Begitu juga soalan yang di ajukan oleh pembeli kepada penjual daging. Atas permintaan pelanggan jadi kami mulakan pencarian kami untuk mencari pembekal daging yang mempunyai pusat penyembelihan yang berdaftar dan halal.

Pada 5 Ogos yang lepas, saya bersama Azmi telah pergi membuat lawatan ke AR Meats Sdn Bhd yang terletak di Rantau Panjang, Klang. Mereka telah lama berkecimpung dalam bidang ternakan dan membekal daging sejak tahun 80an lagi. Mereka juga mempunyai keupayaan untuk mengimport bekalan dari luar negara dan juga mempunyai beberapa kandang transit. Maka kami bakal menjalankan urusniaga bersama AR Meats untuk menjana pendapatan kami. Insyaallah.


Tebu, ubi kayu dan PKE antara makanan yang diberi.



Antara pemandangan kandang mereka di Rantau Panjang.


Antara lembu yang terdapat di kandang mereka di Rantau Panjang.




Loji kumbahan yang bersistem.


Pandangan rumah penyebelihan dan peti sejuk beku.


Namun rumah penyebelihan ini sudah terbiar kerana operasinya telah dipindahkan ke Shah Alam berhampiran JPV Negeri Selangor untuk memudahkan pemantauan memandangkan mereka telah di iktiraf oleh pihak JPV sebagai pembekal daging berstatus halal.