Saturday, April 10, 2010

Ops Boer telah bermula !

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Setelah 25 hari projek kami beroperasi, pelbagai dugaan dan cabaran yang kami telah harungi bersama bagi menstabilkan dan menjayakan projek ternakan kambing boer bersama pihak PPK Klang ini. Pelbagai aspek perlu diambil berat seperti pemakanan, kawalan penyakit, sistem air minum, petak-petak dalam kandang dan sebagainya. Memandangkan kami tiada pengalaman menternak maka kami perlu selalu merujuk kepada rakan ternak terdekat kami iaitu Wak Halim Milatu dari Teguh Ternak, Bukit Kapar.


Wak Mani sedang mencincang napier menggunakan mesin chopper milik Wak Halim Milatu dari Teguh Ternak yang telah diberi pinjam kepada kami. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Wak Halim yang sudi membantu kami dari pelbagai segi.


Tuan Hj Hasan turut turun padang menyertai kami untuk merasai sendiri pengalaman menjalankan ternakan kambing.


Tinja yang begitu banyak akan menjadi makanan tetap napier kami. Dan ini merupakan markas kami sementara menunggu pembinaan rumah perkerja dan stor siap.


Kambing-kambing tenang sambil bersantai selepas makan, mereka belum tahu apa yang akan terjadi pada waktu petangnya. ;)


Operasi cegah dan kawal penyakit. Kesemua kambing telah dirawat disembur dengan Tetravet dan Terramycin Pink Eye. Kami dapati banyak kambing kami terkena penyakit puru dan sakit mata. Namun dari 140 ekor, kami baru sahaja dapat menyuntik 75 ekor kambing dengan antibiotik.


Pecah juga garam jilat ni!


Kanvas biru yang direntang di bahagian tepi untuk mengelakkan angin malam yang sejuk terus ke dalam kandang. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan kambing kami kesejukan sekaligus mengelakkan kambing kami dari selsema.


Pemotongan tanah yang dilakukan oleh Wak Mani bertujuan untuk mengelakkan hakisan dalam tanah dari berlaku dan sekaligus menyediakan tapak untuk pembinaan rumah perkerja dan stor.


KUBOTA merah, pengorbanan yang dilakukan oleh Wak Mani untuk mengangkut napier dari kebun napier ke kandang sementara kami mengumpul modal untuk pembelian jentera KUBOTA kecil.


Pastura tetap Pastura.


Makan Time !


Rak ubat kami, kami membelanjakan hampir RM 2,000 hanya untuk ubat sahaja yang kami beli dari pihak LAZULI, Kelana Jaya.

1 comment:

  1. Salam,kandang ni bkn ke dh tutup operasi?ada tgk iklankan dlm mudah.com..kambing boer bela susah nak survive..

    ReplyDelete